Sabtu, 18 Februari 2012

BAYANG BAYANG YANG TERLEPAS ( TOLONG JANGAN PERGI )


"Yang tidak di sini,
Dulu terjaga sekarang sudah terlepas,
Muncul sesaat hilang sedetik,"



Pasti syok kalau setiap masa kita akan terjumpa seseorang yg kita tersuka dan terminat.
Perasaan tersuka tu bole buat kita terasa mcm best je...bole bwat kita tersenggih tak tentu pasal.

Mayb tu moment seciput yang bwat kita rasa best n bahagia. So nikmati la rasa tu, daripada kita tersedih sana sini , emo setiap masa apa yg kita dapat. Kita patut bwat diri kita nie gembira.

Terlepas takpe janji moment tu memainkan peranan,

SECARA TOLOLNYA : " tetiba malam nie aku angau lak..."

SECARA TULUSNYA : " best woooo sengih sorunk2....janji kita mampu terasa bahagia walau seciput je kenikmatan tu.."


PENDAM , PERAP , SIMPAN , HARTA KARUN



Tiap - tiap hari berbekalkan perasaan yang sama.

Pendam apa yang aku rasa,
Perap apa yang aku tak terluah,
Simpan baik - baik apa yg di rasa,

sampai bila?

Yang teringin belum dimiliki.
Yang tak teringin kekadang terperoleh kekadang terbiar je.

Sampai bila?

Jari - jari mencatat rasa di dinding mukabuku & timeline twitter,
Telinga asyik melayan irama " terukir di bintang ",
Mata skodeng manusia - manusia tertatap di depan,
Fikiran tak sebati dengan diri, berfantasi di luar kawasan minda waras,
Hati hanyalah hati. Hanya merasai pekara2 yg belum sempurna,
Keinginan sekadar mahu mengharap,

SECARA TOLOLNYA:

" jangan terlalu banyak berfantasi....."

SECARA TULUSNYA:

" Mahu meletupkan apa yang terpendam dan terperap "





Khamis, 8 Disember 2011

FRASA DINGIN GELISAH


" Karakter gelisah Besifat rasa ...
Terkupas - kupas buat aku lara...
ehhhhhhh!!!!!! "


Gelisah....................
Tiada rasa beban tapi aku gelisah.
Tersusun gelisah tu dalam diri aku.
Wujud ketika aku rasa ingin bersendirian.
Setiap ketika aku bersendiri ketika itu angin gelisah tiup masuk dalam diri aku.
Dingin betul rasa gelisah tu.

Aku menaip ketika ini pun gelisah.
Ruang - ruang untuk tenang tiada.
Ketenangan itu terkikis dek sepoi sepoi angin gelisah.

Terlafaz kata - kata gelisah...
Terngeluh sifat - sifat gelisah..
Terkusut jiwa - jiwa gelisah...
Termanggu nada - nada gelisah...
Tersakit luka - luka gelisah..

Aku cuba berpura - pura melafaz kata - kata ketenangan.
Namun kurang berjaya kerana kegelisahan aku bersifat hampa..
Hampa yang hampeh beserta sebal yang sengal..

Aku gelisah kerana rindu...Barangkali dengan siapa...
Aku gelisah kerana keliru.. Barangkali aku kusut...
Aku gelisah kerana sedih.. Barangkali aku sunyi...
Aku gelisah kerana biol... Barangkali aku lampi..
Aku gelisah kerana moody.. Barangkali aku angin...
Aku gelisah kerana aku mengharap... Barangkali aku menanti sesuatu...

Gelisah...aku balas dengan mengeluh je la...hurmmmmmmmmm....
terngeluh dalam nafas yg tak berapa nak sedap baunya......

SECARA TOLONYA :

" mungkin gelisah tu hanya teori sengal aku....."

SECARA TULUSNYA :

" pergi...pergi..pergi...aku sakit sebab gelisah......."



PENCATAT RASA MAYA PADA TAPAK PUTIH





" Twitter adalah Hikayat aku...
Facebook adalah Jasad maya aku..
Blog ini adalah hati aku...
Terpisah satu persatu didalam talian maya yg tiada batasan waktu "


Memalam lewat mcm nie tercatat sesuatu pada tapak putih blog nie.
Tandanya hati aku melayan rasa.
Rasa yang tergendala itu la yg aku catat.
Kalau tiada rasa yang tergendala maka tiada cacatan yg tercatat.

Aku bingung dengan Rasa tergendala aku.
Ketika aku mula mahukan rasa
Ketika itu juga rasa itu di kerat.

Bila rasa itu dikerat - kerat..
Maka pencatat rasa mula memulakan tugas.
Setiap racun - racun rasa tercatat pada dinding putih ni.
Sukar nak mencatat madu - madu rasa di sini.
Blog ini hati aku... 80% hati aku byk kesedihan
Selebihnya tinggal rasa gembira yg aku simpan dakap2.

Riwayat dan hikayat hati blog nie ikut sampai kedepan.
Kedepan maju mengikut citarasa kehidupan dihadapan.

SECARA TOLOLNYA :

" Berkali - kali aku berhenti menatap rasa yang sentiasa buat aku sunyi "

SECARA TULUSNYA :

" Make a move.....life tu bukan maya... Life dihadapan itu bakal2 menjadi sejarah utk aku "



Sabtu, 26 November 2011

PELAKU PEMBIKIN DOSA BANYAK MENUNDA



Agak terkilan ketika maal hijrah berlangsung.
Di antara waktu asar dan maghrib...

Di antara waktu tersebut....
aku duduk termenung dengan pekara-pekara yang terlepas.

Apa yang aku buat dari sebelum asar bermula...
Apa yang aku telah amalkan sebelum asar bermula...
Apa yang aku baca sebelum asar bermula...

Aku ketandusan pekara2 takwa..
Bila di tenung untuk pekara - pekara yang terlepas...
Terlalu banyak solat yang aku tunda...
Terlalu banyak amal yang tertunda...


SECARA INSAFNYA :

" Aku si pelaku pembikin dosa cuba muhasabah diri "



Khamis, 24 November 2011

MELODRAMA RASA SADIS





Aku rasa beku dan lemau bila malam menjelang pukul 11 keatas. Setiap saat yang tercilok pada waktu yang mcm tu betul2 buat aku gelisah tak tentu arah . Bila aku tatap dinding FB aku rasa tak best..bila dok ngadap timeline twitterjaya aku rasa mcm sunyi la plak.. orang sibuk pot pet pot pet kat timeline aku lak xde bahan nak di sebarkan...

Telefon pintar..sekadar perhiasan je kat atas meja. Bila la telefon tu nak bising ek. sape la bakal2 orang yang akan buat telefon tu berbunyi...siapa ? Siapa ?

Sekarang.. zaman 2011 semakin hampir ke penghujungnya...setakat nie dah mcm2 pekara penting dan tak penting aku harung. Dari awal tahun hinggalah sekarang nie. Potensi aku untuk maju belum perfect sepenuhnya. Susah nak majukan diri nie . Maklum la, tak semua pekara hadir dengan senang. Tak kirala dari segi rezeki , jodoh dan sumber hidup. Semua nya masih terkais - kais aku cari.

Tapikan semakin hampir penghujung 2011 nie. Motivasi aku nak teruskan life aku untuk tahun 2012 dah xde. Sekarang 0% ...mayb saat saat dihadapan point motivation aku akan jadi -30.

Dah sebulan aku semat dalam otak supaya aku cari motivation balik , korek mana2 lubang cahaya supaya point tu naik. Tapi secara serius dan jujur aku cakap, Aku kecundang dengan permasaalahan aku nie. Bagai di tendang dek gajah , di tumbuk dek kangaroo.

Aku dah tumbang dengan perasaan kecundang aku.
Kalau lah....kalau lah.. kalau lah...ada supporter yang mampu support aku dari belakang seperti sahabat2 lelaki aku yang lain yang ada bidadari , Sekurang-kurangnya aku mampu melangkah dengan bermotivasi walaupun life aku sukar.
Aku tengok kekawan yang lain , Sesukar mana kehidupan mereka...mereka tetap ada semangat nak harung kehidupan mereka. Memasing ada matlamat dan impian. Thanks tu bidadari mereka yang banyak membantu. Sebagai kawan aku tumpang gembira.

Untuk aku....
Aku mengimpikan " BIDADARI HORIZON " muncul dalam hidup aku.
Aku juga ada impian yang nak aku kongsikan bersama.

..............................


Patut tak aku putus asa sahaja
Aku masih tergendala , Sifat-sifat negatif dah mula masuk dalam hati aku lalu menyuruh aku berputus asa sahaja. Teruskan kehidupan yang gagal seperti biasa. Teruskan kehidupan..teruskan kehidupan...



SECARA TOLOLNYA :

" Termenung......................................................................................"

SECARA TULUSNYA :

" Mentafsir ........................................................................................"