Memaparkan catatan dengan label sTeReO TeRgEnDaLa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sTeReO TeRgEnDaLa. Papar semua catatan

Isnin, 30 September 2013

TERGENDALA YANG MAKSIMUM, SISTEM ERROR

Satu teori satu hikayat telah tercipta...
Jujur aku kata....
Pemikiran aku terlalu pendek..
Pendek dalam merungkaikan satu hikayat...
Tidak ada alasan yang mampu aku curahkan...

Apa yang perlu aku kata....

Aku sedih....
Aku menyesal....
Aku kecundang....
Aku sebak....

Mungkin aku perlu kata...

" Aku Tak Mengapa...."

Terasa malam nie dalam diri aku ter input rasa sadis...
Aku syak aku mula tergendala....
Dan kerana tergendala aku tertaip...
Sistem - sistem didalam jejemari mula merangka dan menaip....

Maaf... :(

~Ajis~

Khamis, 6 Disember 2012

SINOPSIS UTK HARI KELMARIN


Pada hari kelmarin..... aku bagai hilang arah dan punca...
Lalu aku mengambil keputusan untuk menjejak kaki ke sesuatu lokasi yang aku rasa kekok untuk aku join.

" Hati dan otak seolah olah tidak sebati dengan diri aku "

Pada ketika itu aku membisu tapi hati aku sibuk untuk membebel seorang diri

Ketika di lokasi tersebut. aku mengelamun dalam beberapa minit...
Hati masih membebel seorang diri.... 
Aku mengharapkan hati supaya berhenti dari berkata kata ketika aku sedang mengelamun...
Serius hati dan minda tidak mahu bertolak ansur dengan aku pada ketika itu.

Hendak sahaja untuk aku memaki hati supaya senyap...
Tapi hati aku tetap degil macam aku jugak...
always repeat and membebal pasal pekara yang sama...

Dengan melayan seteguk air kopi.. aku termenung sambil mengadap langit...

" Indah nya ciptaan tuhan "

"Kan best if aku mampu kesana...."

Hati aku nie poyo la....
Mengharapkan kisah dongengan itu wujud pulak...

Secara beransur ansur...
Hati aku mula senyap... 
Mayb hati sudah give up untuk melayan karenah kehidupan aku yang kosong ini...

" Hati dan aku adalah kawan baik.."

Aku harap aku mampu meng`rubbish`kan pekara pekara negatif...
Aku harap aku dapat ubat hati aku yang kerap membebel ini...
Aku harap aku mampu tipu hati aku sendiri dengan mengatakan aku sentiasa okay...

~ ajis ~



Khamis, 29 November 2012

STEREO IKH-LAST DARI HATI YANG SASAU


Secara stereo ikhlas hati aku...
Ini la yang aku mahukan...
Mohon di perbaiki hati aku dan diri aku...
Dalam minda aku berkecamuk dengan rasa rasa negatif hinggakan menjadi seorang lelaki yang sngat sngat tidak bole di harap...

Untuk si penyembuh di masa hadapan....
Sila jadikan aku seorang yang bole di harap...
Sila jadikan aku seorang lelaki yang bertanggungjawab...
Sila jadikan aku seorang yang mampu membimbing...
Sila jadikan aku seorang yang ada masa di masa hadapan...
Sila jadikan aku seseorang yang layak utk diri awak...

Dalam ruang ruang realiti fikiran aku...
Dalam sudut hati aku....
Dalam jiwa aku...

-AZIZ-

TRANSMISI BAYU YANG TEMBUS



Aku bole hadir mcm bayu....
Setiap kehadiran aku...aku akan bawa rasa rindu aku...
Aku faham situasi impak yang bakal aku terima di kala masa semakin laju kedepan...
Tapi aku tetap mahu mencuba...
Aku tahu yang aku akan sakit..
Aku tahu yang aku akan sedih..
Aku tetap akan hadir mcm bayu...
Simpan apa yang aku rasa..
Pendam apa yang aku suka..
Hanya pada yang satu itu...
Aku masih berhati...

SECARA TOLOLNYA : " Aku lembab "

SECARA TULUSNYA : " Aku menyimpan perasaan "

Jumaat, 23 November 2012

SELAMAT HADIR KE DALAM IMAGINASI AKU



" Imaginasi aku berharap ,
Berharap akan sesuatu harapan ,



Apa yang aku tngah pikir untuk kali ini....
Apa yang aku rasa ketika ini.....

Aku sedang membayangkan seseorang...
Seseorang yang hadir ke dalam imaginasi aku sahaja...

Imaginasi aku kabur...
Hanya angan angan....
Secara realiti sedih tetap sedih..
Secara ilmiah gembira tetap gembira...

Dunia imaginasi aku kebahagian sementara..
Sekiranya aku sedar..
Aku tetap jadi diri aku...

Selamat hadir ke dalam imaginasi aku..
Dunia yang jauh dari perasaan kecewa..

SECARA TOLOLNYA : Imaginasi aku masih lagi stupid hope hope

SECARA TULUSNYA : Aku masih bendul dalam dunia realiti

Khamis, 4 Oktober 2012

MENGEMASKINI IDEOTORITI SENDIRIAN TOTAL




" Menikmati suasana sendirian secara total ,
Di kira dari digit digit ,
Di himpun secara pukal ,
Peratusan yang ada hanya ..... sendirian "


Life bole jadi ikut flow
Flow tu plak mesti mau kena dgn lingkaran lingkaran Life tu sendiri
Kalau tidak di input sedih...maka kesedihan tu la yg akan timbul secara auto walaupun kita mereject rasa sedih tu.

Apa kejadah pilihan yang kita ada if tafsiran tu sentiasa tak betul.
Terlalu byk anti anti rasa yang tidak memberi suasana yang  me`nyimple kan life flow chart itu sendiri
Secara ilmiah nye aku dah penat woooooo....
Melayan karenah hati aku yang kadang kala pulih kadang kala pedih.

SECARA TOLOLNYA : " Bertafakur sambil blow the flow ke jalan yang benar "

SECARA TULUSNYA : " Upgrade kan Sistem sistem yang tergendala , Modifikasi mana mana tingkah laku yang tidak stabil dan tidak sempurna "





Isnin, 11 Jun 2012

DUA KALI GANDA HARAPAN YANG DI HARAP



" Malam siang hanya lalu ,
Masa menculik situasi yang kaku ,
Seketika terasa hati indah di pahat dengan paku ,
impian menjadi harapan palsu ,
Aku terasa sangat layu "


Kalau di izinkan
Mahu sahaja harapan itu termakbul
Tapi apakan daya
Harapan itu sekadar rindu yang terganggu serta merayu

Siapa je yang mahu mendengar harapan aku.
Harapan aku tiada perjanjian.
Harapan aku men`double`kan rasa menjadi `triple` meracau

Hendak aku buang sahaja harapan nie dek kerana situasi aku yg tak menjadi

"Burung biru" Menjadi pemula cerita..........

SECARA TOLOLNYA : " Mengharap bintang malam muncul di waktu siang ...."

SECARA TULUSNYA : " Impian aku itu bakal2 bla di bawa angin sunyi.... "







Sabtu, 18 Februari 2012

BAYANG BAYANG YANG TERLEPAS ( TOLONG JANGAN PERGI )


"Yang tidak di sini,
Dulu terjaga sekarang sudah terlepas,
Muncul sesaat hilang sedetik,"



Pasti syok kalau setiap masa kita akan terjumpa seseorang yg kita tersuka dan terminat.
Perasaan tersuka tu bole buat kita terasa mcm best je...bole bwat kita tersenggih tak tentu pasal.

Mayb tu moment seciput yang bwat kita rasa best n bahagia. So nikmati la rasa tu, daripada kita tersedih sana sini , emo setiap masa apa yg kita dapat. Kita patut bwat diri kita nie gembira.

Terlepas takpe janji moment tu memainkan peranan,

SECARA TOLOLNYA : " tetiba malam nie aku angau lak..."

SECARA TULUSNYA : " best woooo sengih sorunk2....janji kita mampu terasa bahagia walau seciput je kenikmatan tu.."


Khamis, 8 Disember 2011

FRASA DINGIN GELISAH


" Karakter gelisah Besifat rasa ...
Terkupas - kupas buat aku lara...
ehhhhhhh!!!!!! "


Gelisah....................
Tiada rasa beban tapi aku gelisah.
Tersusun gelisah tu dalam diri aku.
Wujud ketika aku rasa ingin bersendirian.
Setiap ketika aku bersendiri ketika itu angin gelisah tiup masuk dalam diri aku.
Dingin betul rasa gelisah tu.

Aku menaip ketika ini pun gelisah.
Ruang - ruang untuk tenang tiada.
Ketenangan itu terkikis dek sepoi sepoi angin gelisah.

Terlafaz kata - kata gelisah...
Terngeluh sifat - sifat gelisah..
Terkusut jiwa - jiwa gelisah...
Termanggu nada - nada gelisah...
Tersakit luka - luka gelisah..

Aku cuba berpura - pura melafaz kata - kata ketenangan.
Namun kurang berjaya kerana kegelisahan aku bersifat hampa..
Hampa yang hampeh beserta sebal yang sengal..

Aku gelisah kerana rindu...Barangkali dengan siapa...
Aku gelisah kerana keliru.. Barangkali aku kusut...
Aku gelisah kerana sedih.. Barangkali aku sunyi...
Aku gelisah kerana biol... Barangkali aku lampi..
Aku gelisah kerana moody.. Barangkali aku angin...
Aku gelisah kerana aku mengharap... Barangkali aku menanti sesuatu...

Gelisah...aku balas dengan mengeluh je la...hurmmmmmmmmm....
terngeluh dalam nafas yg tak berapa nak sedap baunya......

SECARA TOLONYA :

" mungkin gelisah tu hanya teori sengal aku....."

SECARA TULUSNYA :

" pergi...pergi..pergi...aku sakit sebab gelisah......."



PENCATAT RASA MAYA PADA TAPAK PUTIH





" Twitter adalah Hikayat aku...
Facebook adalah Jasad maya aku..
Blog ini adalah hati aku...
Terpisah satu persatu didalam talian maya yg tiada batasan waktu "


Memalam lewat mcm nie tercatat sesuatu pada tapak putih blog nie.
Tandanya hati aku melayan rasa.
Rasa yang tergendala itu la yg aku catat.
Kalau tiada rasa yang tergendala maka tiada cacatan yg tercatat.

Aku bingung dengan Rasa tergendala aku.
Ketika aku mula mahukan rasa
Ketika itu juga rasa itu di kerat.

Bila rasa itu dikerat - kerat..
Maka pencatat rasa mula memulakan tugas.
Setiap racun - racun rasa tercatat pada dinding putih ni.
Sukar nak mencatat madu - madu rasa di sini.
Blog ini hati aku... 80% hati aku byk kesedihan
Selebihnya tinggal rasa gembira yg aku simpan dakap2.

Riwayat dan hikayat hati blog nie ikut sampai kedepan.
Kedepan maju mengikut citarasa kehidupan dihadapan.

SECARA TOLOLNYA :

" Berkali - kali aku berhenti menatap rasa yang sentiasa buat aku sunyi "

SECARA TULUSNYA :

" Make a move.....life tu bukan maya... Life dihadapan itu bakal2 menjadi sejarah utk aku "



Sabtu, 26 November 2011

PELAKU PEMBIKIN DOSA BANYAK MENUNDA



Agak terkilan ketika maal hijrah berlangsung.
Di antara waktu asar dan maghrib...

Di antara waktu tersebut....
aku duduk termenung dengan pekara-pekara yang terlepas.

Apa yang aku buat dari sebelum asar bermula...
Apa yang aku telah amalkan sebelum asar bermula...
Apa yang aku baca sebelum asar bermula...

Aku ketandusan pekara2 takwa..
Bila di tenung untuk pekara - pekara yang terlepas...
Terlalu banyak solat yang aku tunda...
Terlalu banyak amal yang tertunda...


SECARA INSAFNYA :

" Aku si pelaku pembikin dosa cuba muhasabah diri "



Rabu, 23 November 2011

KARAKTER DIKLASIFIKASI BERUBAH


" Kehidupan kita sentiasa ada arah
Setiap arah kita ada langkah
Setiap langkah ada di antara kita yang akan berubah
Berubah kerana terlalu banyak hati yang bertambah "



Setiap hari kita akan bertemu macam - macam karakter
Setiap karakter yang wujud ada kategori untuk setiap individu.

Dari situ "aku" terungkap dan terpikir..
Setiap hari kita akan bertemu ber macam - macam karakter hati.
Karakter - karakter itu juga mampu atau tidak mampu mengubah situasi pada diri kita.
Karakter - karekter itu juga boleh atau tidak boleh baiki ataupun menjahanamkan diri kita

Setiap hari ada diantara kita yang berubah
Berubah dalam meninggalkan orang yang di sisi
Berubah dalam meninggalkan kejahatan
Berubah dalam mutu kualiti
Berubah dalam merosakkan diri
Berubah dalam mementingkan diri sendiri
Berubah dalam pembentukan rohani.

Berubah dek kerana hati yang bertambah ataupun berubah dek kerana diri sendiri yang berkehendak...


SECARA TOLOLNYA :

" Keliling kita dah ramai yang lupa diri "

SECARA TULUSNYA :

" Sahabat , musuh setiasa akan berubah........................... "

Jumaat, 11 November 2011

MEMBUANG GADIS YANG TERCANTIK



Kalau kita mencari jalan untuk pergi.
Alasan itu akan jadi bukti sengal.
Hati sangsi mundar mandir kusut masai.

Cuba bertanya pada diri yang serabai itu.
Kenapa perlu tinggalkan si cantik itu.
Apa kerugian yang di tanggung jika di lepaskan.
Peluang untuk memiliki mungkin dah tak ada lagi.
Tiada rujukan untuk kali kedua jika si cantik itu terguris.
Tiada simpati di peroleh jika si cantik itu menangis.

Tapi bagi si cantik .
Hati membuak-buak untuk di miliki.
Menghalang , menepis , menangis , terhiris , termenung , mengharap..mengharap..mengharap...
sambil menanti nanti di stesyen yang terakhir.

Terlalu sebal meninggalkan si cantik.

SECARA TOLOLNYA :

" kesebalan mengatasi kepintaran diri "


SECARA TULUSNYA :

" kesian pada gadis terdahulu....."





Khamis, 10 November 2011

REMUK KEPERCAYAAN UNTUK HATI YANG LEMAU


" Kita akan percaya pada kebodohan bila pengorbanan kita dipersiakan oleh seseorang yang kita percaya "


Terlalu lemau untuk perkatakan sesuatu yang dah terkena.
Di dalam minda tercanang pekara2 yang menetak rasa.
Agak2 terkilan dengan manusia
Terlalu bijak untuk mengenakan mangsa.




SECARA TOLOLNYA :

" berpura - pura susah "


SECARA TULUSNYA :

" Separuh hati aku hampa "




Selasa, 4 Oktober 2011

JALAN CERITA YANG TERLEPAS



Apa yg berlaku maka itulah kehidupan.
Kehidupan yang sudah terlepas jalan cerita.
Jalan cerita yang sudah berlaku dan tak boleh dia patah balik atau di padam dengan pemadam.
Jalan cerita yang merangkumi sisa - sisa kegembiraan , kesedihan , masalah dan juga saki baki emosi yang tertinggal di bahagian yang terlepas .

Yang bahagia pasti akan menyelitkan perkataan yang jalan cerita itu indah...
Yang Susah sudah tentu terpalit perkataan yang jalan cerita itu susah....

SECARA TOLOLNYA :

" Jalan cerita aku ... yang dulu terlepas..yang sekarang samar-samar.. akan datang terdetik - detik "

SECARA TULUSNYA :

" Aku bermain - main dgn jalan cerita "



Khamis, 7 Julai 2011

TERPAUT PADA KELMARIN



Terhiba dengan hal kelmarin.
Sesat dengan situasi kelmarin.
Jatuh pada hari kelmarin.
Sangkak pada hari kelmarin.
Tertipu pada hari kelmarin.
Terpukau pada hari kelmarin.



SECARA TOLOLNYA :

" Aku tersangkut pada kejadian hari kelmarin "

SECARA TULUS :

" Menikmati pelakon terbaik berlakon di depan mata "



Sabtu, 30 April 2011

HARI HARU AKU TAK BERWARNA


Aku selalu hidup Melayan dada - dada langit pada setiap malam .
Bagai mencari awek di celah - celah langit yang gelap ......
Sedangkan hanya menatap bintang - bintang yang tak turun ke bumi .
Perilaku aku memang membosan kan untuk setiap malam untuk hari haru aku yang tidak berwarna.

Rasa bosan memang sebati .
Rasa Gembira hanya separuh pagi.
Meracau mencari emosi yang terkebil - kebil untuk menikmati arah tuju pun masih tak nampak lagi

Manusia selalu bahagia bersama jiwa .
Manusia selalu menyesal kerana noda .

Hari haru aku cuma sama setiap pagi , tengah hari , petang , senja , malam , tengah malam dan tengah pagi .

Selamat bersendirian untuk aku pada hari haru yang akan datang .


KEREK - KEREK YANG BER EGO


Manusia dekat area sekeliling kita semuanya ber EGO
Menutup EGO dengan hipokrasi menjadi kan manusia itu melalut.
Melalut dengan pelbagai cara dan firasat .


Ohhhhh...
Secara fakta aku sangat mengantuk dengan orang sekeliling aku yang kerek yang ber EGO....
Sangat melayukan.....

SECARA TOLOLNYA :

" Sifat EGO tu..tak pergi mana jauhnya...ada je dalam diri orang "

SECARA TULUSNYA :

" EGO DAN KEREK MENJADI SATU DAN TAK TERPISAH "



Khamis, 28 April 2011

MEN 'DRAG' MIMPI



Sedang mencuba untuk DRAG mimpi ke dunia REALITI
BUKAN kerja senang dan BUKAN kerja susah
Mimpi yang di DRAG itu belum di jangka menjadi mimpi BAIK atau BURUK
Kalau BAIK boleh la di TAJA - TAJA
Kalau BURUK buat HANCUR JIWA RASA

SECARA TOLOLNYA :

" Bongok betul aku...tetiba nak drag mimpi "

SECARA TULUSNYA :

" sesuatu kejadian ada baik dan ada buruknya "



Khamis, 4 November 2010

MELODRAMA HATI BERJIWA DAN BER`ROH





Merungkai melodrama yang di paparkan didalam stanza hidup .
Merupakan satu peluang yang teristimewa .
Dengan merungkai melodrama..kita akan faham apa itu karya hidup.
Tafsir setiap kesakitan...
Tafsir setiap kesedihan
Tafsir setiap kegembiraan

Setiap yang divisualkan....
Menunjukkan komplikasi yang kita perlu hadapi.
Sebagai manusia yang berjiwa dan ber" ROH...
Kita perlu merawat setiap apa yang sakit...
Kita perlu perbaiki setiap apa yang rosak

Hidup itu akan jadi indah jika manusia yang berjiwa dan ber `ROH tahu nak hargai hidup .
Hidup itu akan jadi indah jika manusia yang berjiwa dan ber `ROH tahu makna karya hidup.
Hidup itu akan jadi indah jika manusia yang berjiwa dan ber `ROH tahu tujuan dia hidup.
Hidup itu akan jadi indah jika manusia yang berjiwa dan ber `ROH tahu cara merawat luka dalam hati .

Hati manusia sentiasa akan sakit ...
Hati manusia sentiasa akan sedih...

SeCaRa ToLoLnYa :

" aKu HAri-Hari RaSA suNyi....HeHeHeHe..TaPi abaiKan Je....JanJi hiduP MesTi di TeRusKan "

SeCaRa TuLusNYa :

" WaLauPuN aKu suNyi..Tapi aKu teTap Jiwa KaCau BiLa aKu terGuRis....."