" Karakter gelisah Besifat rasa ...
Terkupas - kupas buat aku lara...
ehhhhhhh!!!!!! "
Gelisah....................
Tiada rasa beban tapi aku gelisah.
Tersusun gelisah tu dalam diri aku.
Wujud ketika aku rasa ingin bersendirian.
Setiap ketika aku bersendiri ketika itu angin gelisah tiup masuk dalam diri aku.
Dingin betul rasa gelisah tu.
Aku menaip ketika ini pun gelisah.
Ruang - ruang untuk tenang tiada.
Ketenangan itu terkikis dek sepoi sepoi angin gelisah.
Terlafaz kata - kata gelisah...
Terngeluh sifat - sifat gelisah..
Terkusut jiwa - jiwa gelisah...
Termanggu nada - nada gelisah...
Tersakit luka - luka gelisah..
Aku cuba berpura - pura melafaz kata - kata ketenangan.
Namun kurang berjaya kerana kegelisahan aku bersifat hampa..
Hampa yang hampeh beserta sebal yang sengal..
Aku gelisah kerana rindu...Barangkali dengan siapa...
Aku gelisah kerana keliru.. Barangkali aku kusut...
Aku gelisah kerana sedih.. Barangkali aku sunyi...
Aku gelisah kerana biol... Barangkali aku lampi..
Aku gelisah kerana moody.. Barangkali aku angin...
Aku gelisah kerana aku mengharap... Barangkali aku menanti sesuatu...
Gelisah...aku balas dengan mengeluh je la...hurmmmmmmmmm....
terngeluh dalam nafas yg tak berapa nak sedap baunya......
SECARA TOLONYA :
" mungkin gelisah tu hanya teori sengal aku....."
SECARA TULUSNYA :
" pergi...pergi..pergi...aku sakit sebab gelisah......."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan