Jumaat, 7 Mei 2010

" KEMBALI BERMULA "




Dah berapa kali aku mahu memulakan sesuatu yang baru.
kalau diikut kiraan boleh dikatakan terlebih sudah jari ditelapak tangan dan juga kaki kiri dan kanan aku.
Agak-agak meletihkan , penat dan sakit bila asyik buat pekara baru je dalam hidup nie.
Jasad yang mengunakan minyak darah nie dah macam pelarian hidup...
Meratap kehidupan yang lepas dan mengidam kehidupan baru dihadapan.

" SELAMAT KEMBALI BERMULA UNTUK HATI YANG TERGENDALA"

Secara hakikatnya :

Setiap apa yang kita rasa...
Belum tentu rasa itu mahu merasai apa yang kita rasa

Secara teorinya :

Masa itu seakan menunggu lama....
Tapi Betul ke masa itu menunggu kita....
Adakah masa itu menungu apa yang kita rasa....
Bukan ke masa "always" bergerak tanpa berhenti tanpa menunggu Kita....

* masa untuk aku tido....mmg dah tak tahan dah nie...

:-)



Khamis, 6 Mei 2010

STANZA MONOLOG TERGENDALA






Seseorang pernah tegur aku :

" Aziz....kalau jatuh , cepat-cepat bangun....jangan kasi diri tu sedih seperti waktu dahulu...."


Hurmmmm.......
Kenapa aku perlu jadi macam nie ek. Dah berminggu-minggu aku "emo".
Berminggu-minggu juga hati aku tergendala dan berminggu-minggu juga jiwa aku serabai...

Untuk menjadikan hari-hari aku seperti biasa. Aku amik keputusan untuk teruskan kehidupan aku yang dah banyak kali tergendala nie . Sememangnya aku mengharapkan hari-hari yang akan aku lalui nanti merupakan hari-hari yang terbaik untuk diri aku .

Walaupun masa untuk diri aku dah berlalu , secara tololnya masa tu dah banyak mengubah apa yang berada di depan , kiri , kanan dan belakang aku.

Secara hakikatnya

" hati akan sentiasa mencari keindahan "

Apa yang kita sayang , walaupun kita pegang sekuat-kuatnya...boleh hilang macam tu sahaja .

Secara teorinya ...

Kerana tuhan ia hadir , kerana tuhan ia akan pergi.......
Apa yang kita peroleh selama ini adalah anugerah dari tuhan bukan hak milik kita selamanya....
Seharusnya anugerah dari tuhan itu dihargai sebelum ia pergi....

Aku tersangat menyesal kerana mensia-siakan anugerah itu....

Sekarang...
Aku akan terus kedepan. Walaupun nada rasa aku berbunyi kecewa .

" KEMBALI BERMULA "