Seseorang pernah tegur aku :
" Aziz....kalau jatuh , cepat-cepat bangun....jangan kasi diri tu sedih seperti waktu dahulu...."
Hurmmmm.......
Kenapa aku perlu jadi macam nie ek. Dah berminggu-minggu aku "emo".
Berminggu-minggu juga hati aku tergendala dan berminggu-minggu juga jiwa aku serabai...
Untuk menjadikan hari-hari aku seperti biasa. Aku amik keputusan untuk teruskan kehidupan aku yang dah banyak kali tergendala nie . Sememangnya aku mengharapkan hari-hari yang akan aku lalui nanti merupakan hari-hari yang terbaik untuk diri aku .
Walaupun masa untuk diri aku dah berlalu , secara tololnya masa tu dah banyak mengubah apa yang berada di depan , kiri , kanan dan belakang aku.
Secara hakikatnya
" hati akan sentiasa mencari keindahan "
Apa yang kita sayang , walaupun kita pegang sekuat-kuatnya...boleh hilang macam tu sahaja .
Secara teorinya ...
Kerana tuhan ia hadir , kerana tuhan ia akan pergi.......
Apa yang kita peroleh selama ini adalah anugerah dari tuhan bukan hak milik kita selamanya....
Seharusnya anugerah dari tuhan itu dihargai sebelum ia pergi....
Aku tersangat menyesal kerana mensia-siakan anugerah itu....
Sekarang...
Aku akan terus kedepan. Walaupun nada rasa aku berbunyi kecewa .
" KEMBALI BERMULA "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan