Khamis, 8 Disember 2011

FRASA DINGIN GELISAH


" Karakter gelisah Besifat rasa ...
Terkupas - kupas buat aku lara...
ehhhhhhh!!!!!! "


Gelisah....................
Tiada rasa beban tapi aku gelisah.
Tersusun gelisah tu dalam diri aku.
Wujud ketika aku rasa ingin bersendirian.
Setiap ketika aku bersendiri ketika itu angin gelisah tiup masuk dalam diri aku.
Dingin betul rasa gelisah tu.

Aku menaip ketika ini pun gelisah.
Ruang - ruang untuk tenang tiada.
Ketenangan itu terkikis dek sepoi sepoi angin gelisah.

Terlafaz kata - kata gelisah...
Terngeluh sifat - sifat gelisah..
Terkusut jiwa - jiwa gelisah...
Termanggu nada - nada gelisah...
Tersakit luka - luka gelisah..

Aku cuba berpura - pura melafaz kata - kata ketenangan.
Namun kurang berjaya kerana kegelisahan aku bersifat hampa..
Hampa yang hampeh beserta sebal yang sengal..

Aku gelisah kerana rindu...Barangkali dengan siapa...
Aku gelisah kerana keliru.. Barangkali aku kusut...
Aku gelisah kerana sedih.. Barangkali aku sunyi...
Aku gelisah kerana biol... Barangkali aku lampi..
Aku gelisah kerana moody.. Barangkali aku angin...
Aku gelisah kerana aku mengharap... Barangkali aku menanti sesuatu...

Gelisah...aku balas dengan mengeluh je la...hurmmmmmmmmm....
terngeluh dalam nafas yg tak berapa nak sedap baunya......

SECARA TOLONYA :

" mungkin gelisah tu hanya teori sengal aku....."

SECARA TULUSNYA :

" pergi...pergi..pergi...aku sakit sebab gelisah......."



PENCATAT RASA MAYA PADA TAPAK PUTIH





" Twitter adalah Hikayat aku...
Facebook adalah Jasad maya aku..
Blog ini adalah hati aku...
Terpisah satu persatu didalam talian maya yg tiada batasan waktu "


Memalam lewat mcm nie tercatat sesuatu pada tapak putih blog nie.
Tandanya hati aku melayan rasa.
Rasa yang tergendala itu la yg aku catat.
Kalau tiada rasa yang tergendala maka tiada cacatan yg tercatat.

Aku bingung dengan Rasa tergendala aku.
Ketika aku mula mahukan rasa
Ketika itu juga rasa itu di kerat.

Bila rasa itu dikerat - kerat..
Maka pencatat rasa mula memulakan tugas.
Setiap racun - racun rasa tercatat pada dinding putih ni.
Sukar nak mencatat madu - madu rasa di sini.
Blog ini hati aku... 80% hati aku byk kesedihan
Selebihnya tinggal rasa gembira yg aku simpan dakap2.

Riwayat dan hikayat hati blog nie ikut sampai kedepan.
Kedepan maju mengikut citarasa kehidupan dihadapan.

SECARA TOLOLNYA :

" Berkali - kali aku berhenti menatap rasa yang sentiasa buat aku sunyi "

SECARA TULUSNYA :

" Make a move.....life tu bukan maya... Life dihadapan itu bakal2 menjadi sejarah utk aku "