Isnin, 6 Jun 2011

PASAL AKU ..AKU ... DAN AKU...

Memandangkan aku tak ada apa nak di luahkan kat dalam blog hari ini .
Aku nak story cikit pasal diri aku yang boleh dikatakan sesimple je orang nya ...

Nama aku yang sebenar - benarnya ialah ...

" ABDUL AZIZ BIN JAFFAR"

Aku pun tak sure mana datangnya sejarah nama " auzza " tu.
Orang sekeliling Mukabuku tulis yang nama " Auzza " tu tak komersil n mcm perempuan...
Mula - mula aku segan gak nak pakai nama tu..tapi memandangkan aku nie x reti nak komersil kan nama aku sendiri...aku pakai gak la nickname AUZZA tu .

Aku lahir pada tahun 1985 pada hari rabu bulan ogos . Aku di lahirkan kat JB ( Johor Bahru ) .
Aku bukan di lahirkan didalam kereta ataupun di rumah..tapi dilahirkan di hospital sultanah aminah johor bahru...ala yang depan laut tu....tapi jangan tanya aku tingkat berapa aku lahir..


ini aku ketika umur brapa ek...
nta la x sure..
tapi masa nie kat KL umah tentera..
baru balik dari mengaji tu...
Yang kepala tu adik aku NO 3...mayb tahun 1991

Apa yang aku bole cerita pasal diri aku sekarang nie adalah aku seorang yang simple sahaja .
Aku boleh jadi pendiam dan bole jadi byk cakap . Aku nie jenis yang mudah rimas dengan keadaan sekeliling . Senang cerita aku tak suka tempat - tempat yang ramai orang or tempat yang bising . So pada kekawan yang ajak aku kuar p mana2 tu..pikir 2 kali if nak ajak aku kuar sebab aku akan cakap nak balik if aku pergi kat tempat yang aku rasa rimas .

Minat aku lak...aku minat main game...kalau tak minat main game tu bukan jantan namanya..kih3..

Girl type aku adalah gadis yang berbaju kurung sesejuk mata memandang ( sape la tu..) hehehehe....jangan ditanya kenapa ek...setiap orang ada pilihan hati masing2... entah la ek..aku TEROBSES dengan gadis berbaju kurung sebab it look old school n agak nampak lebih mesra alam. Mayb kena dengan Jiwa aku yang agak2 terpencil dan simple .

Aku suka bercelaru dalam blog coz blog nie mcm wilayah untuk pelbagai tragedi . sekarang nie kan blog dah mcm surat cinta ataupun rakan terapi . Tempat terluah rasa , tempat meracau , tempat bertelagah untuk politik dan tempat untuk mempromosi dan mendedahkan kehidupan seseorang . Aku suka baca blog .

Aku terlibat dengan blog semenjak aku baca blog afdlin shauki . aku suka dengan kekata dia dalam blog tu . Dari situ maka bermula la penglibatan aku dalam meluah setiap kehidupan ke dalam blog . Blog pertama aku ialah SE`CRIME . Bermula pada 2007 sehingga 2010 ...

Now blog tergendala nie wujud kerana aku nak luah segala bagai kisah hidup , luah hati mulut aku kat sini .

Okay..setakat tu je yang terluah dan tergambar yang boleh aku wujudkan dalam entri nie.
Nanti , jika ada luahan visual yang baru akan aku conteng dan sewelkan ayat - ayat kat dalam blog nie .

SECARA TOLOLNYA :

" rahsia bole jadi rahsia jika tak bocor...kalau bocor tu maknanya jari kita la yang cucuk lubang rahsia tu ..."

SECARA TULUSNYA :

" Tak salah berkongsi kisah kehidupan...kerana kisah kehidupan orang lain boleh di jadikan tauladan n inspirasi untuk orang lain ... "

AKU PLAK KATA :

" Akan cuba untuk meluah secara stereo dan juga akan cuba menvisualkan sesuatu yang baik di antara yang terpenting dalam kehidupan manusia sekeliling tak kira di muka buku ataupun di depan visual mata "




Tiada ulasan:

Catat Ulasan