Sabtu, 26 November 2011

PELAKU PEMBIKIN DOSA BANYAK MENUNDA



Agak terkilan ketika maal hijrah berlangsung.
Di antara waktu asar dan maghrib...

Di antara waktu tersebut....
aku duduk termenung dengan pekara-pekara yang terlepas.

Apa yang aku buat dari sebelum asar bermula...
Apa yang aku telah amalkan sebelum asar bermula...
Apa yang aku baca sebelum asar bermula...

Aku ketandusan pekara2 takwa..
Bila di tenung untuk pekara - pekara yang terlepas...
Terlalu banyak solat yang aku tunda...
Terlalu banyak amal yang tertunda...


SECARA INSAFNYA :

" Aku si pelaku pembikin dosa cuba muhasabah diri "



Khamis, 24 November 2011

MELODRAMA RASA SADIS





Aku rasa beku dan lemau bila malam menjelang pukul 11 keatas. Setiap saat yang tercilok pada waktu yang mcm tu betul2 buat aku gelisah tak tentu arah . Bila aku tatap dinding FB aku rasa tak best..bila dok ngadap timeline twitterjaya aku rasa mcm sunyi la plak.. orang sibuk pot pet pot pet kat timeline aku lak xde bahan nak di sebarkan...

Telefon pintar..sekadar perhiasan je kat atas meja. Bila la telefon tu nak bising ek. sape la bakal2 orang yang akan buat telefon tu berbunyi...siapa ? Siapa ?

Sekarang.. zaman 2011 semakin hampir ke penghujungnya...setakat nie dah mcm2 pekara penting dan tak penting aku harung. Dari awal tahun hinggalah sekarang nie. Potensi aku untuk maju belum perfect sepenuhnya. Susah nak majukan diri nie . Maklum la, tak semua pekara hadir dengan senang. Tak kirala dari segi rezeki , jodoh dan sumber hidup. Semua nya masih terkais - kais aku cari.

Tapikan semakin hampir penghujung 2011 nie. Motivasi aku nak teruskan life aku untuk tahun 2012 dah xde. Sekarang 0% ...mayb saat saat dihadapan point motivation aku akan jadi -30.

Dah sebulan aku semat dalam otak supaya aku cari motivation balik , korek mana2 lubang cahaya supaya point tu naik. Tapi secara serius dan jujur aku cakap, Aku kecundang dengan permasaalahan aku nie. Bagai di tendang dek gajah , di tumbuk dek kangaroo.

Aku dah tumbang dengan perasaan kecundang aku.
Kalau lah....kalau lah.. kalau lah...ada supporter yang mampu support aku dari belakang seperti sahabat2 lelaki aku yang lain yang ada bidadari , Sekurang-kurangnya aku mampu melangkah dengan bermotivasi walaupun life aku sukar.
Aku tengok kekawan yang lain , Sesukar mana kehidupan mereka...mereka tetap ada semangat nak harung kehidupan mereka. Memasing ada matlamat dan impian. Thanks tu bidadari mereka yang banyak membantu. Sebagai kawan aku tumpang gembira.

Untuk aku....
Aku mengimpikan " BIDADARI HORIZON " muncul dalam hidup aku.
Aku juga ada impian yang nak aku kongsikan bersama.

..............................


Patut tak aku putus asa sahaja
Aku masih tergendala , Sifat-sifat negatif dah mula masuk dalam hati aku lalu menyuruh aku berputus asa sahaja. Teruskan kehidupan yang gagal seperti biasa. Teruskan kehidupan..teruskan kehidupan...



SECARA TOLOLNYA :

" Termenung......................................................................................"

SECARA TULUSNYA :

" Mentafsir ........................................................................................"






Rabu, 23 November 2011

MOOD MOTIVASI 0% ..ERRRRR....



Aku ketandusan pengalaman untuk aku membias kata - kata aku kat dalam entri nie.
Kekurangan jalan cerita dan juga kehausan perjalanan . untuk memanjangkan isi-isi penting dalam entri nie , aku nie sebenarnya dalam mood kekurangan motivasi.

Gila wooo..aku dah telan macam2 pekara yang menjahanamkan hati aku untuk beberapa dekad..errrrr...dekad ek...lama tu..

Tapi serius.. aku mmg nak cari sesuatu yang bole bwat aku bersemangat balik .




SECARA HALUSNYA :

" Seronoknya jika ada kekasih hati yang memberi kata - kata semangat "


SECARA TOLOLNYA :

" Sape la yg nak jaga aku............. sedih nie..sedih nie ; ) "


KARAKTER DIKLASIFIKASI BERUBAH


" Kehidupan kita sentiasa ada arah
Setiap arah kita ada langkah
Setiap langkah ada di antara kita yang akan berubah
Berubah kerana terlalu banyak hati yang bertambah "



Setiap hari kita akan bertemu macam - macam karakter
Setiap karakter yang wujud ada kategori untuk setiap individu.

Dari situ "aku" terungkap dan terpikir..
Setiap hari kita akan bertemu ber macam - macam karakter hati.
Karakter - karakter itu juga mampu atau tidak mampu mengubah situasi pada diri kita.
Karakter - karekter itu juga boleh atau tidak boleh baiki ataupun menjahanamkan diri kita

Setiap hari ada diantara kita yang berubah
Berubah dalam meninggalkan orang yang di sisi
Berubah dalam meninggalkan kejahatan
Berubah dalam mutu kualiti
Berubah dalam merosakkan diri
Berubah dalam mementingkan diri sendiri
Berubah dalam pembentukan rohani.

Berubah dek kerana hati yang bertambah ataupun berubah dek kerana diri sendiri yang berkehendak...


SECARA TOLOLNYA :

" Keliling kita dah ramai yang lupa diri "

SECARA TULUSNYA :

" Sahabat , musuh setiasa akan berubah........................... "

Isnin, 14 November 2011

PADA HARI ITU : AKU DI MINTA MENUNGGU



" Aku di minta menunggu "

Di suatu sudut aku termenung sambil mendengar kata - kata dia.
Dia minta aku menunggu sampai aku mampu menunggu.
Pada mulanya aku tersentak dengan kata - kata menunggu.
Pada aku menunggu tu bukan satu impian.

Menunggu untuk beberapa tahun.
Menunggu untuk beberapa bulan.
Menunggu untuk beberapa minggu.

Terjejak - jejak saat aku menunggu.
Terjelas sudah aku mengharap sampai menunggu.
Emosi pada mulanya stabil tetiba jadi tugu

Jasad - jasad lain hadir tapi aku masih menunggu.
Terlalu banyak niat untuk di tuju.
hari - hari sudah jadi pilu.

Dia hadir ...
Dia kata aku dah kotakan niat untuk menunggu.
Dia undangkan kata - kata terima kasih
Lalu dia pergi bersama jasad yang dia sayang.

aku.....
Melihat sambil termanggu....
Ideotoriti menunggu sadis...


SECARA SENGALNYA : menunggu itu pekara yang menjemukan tapi kesabaran itu sesuatu yang membanggakan .



ENTRI KOSONG TIADA CERITA




Aku teragak - agak kebuntuan bila mengadap layar blog nie.. Mana taknya setiap kali aku nak menaip mesti aku terlupa pekara - pekara yg penting untuk di taip. Sedangkan sebelum mengadap blog mcm2 pekara aku pikirkan. Tengah makan pun aku dah plan apa yg aku nak bwat...

Tapi Now........ oh aku blurrrrrrr......



Jumaat, 11 November 2011

MEMBUANG GADIS YANG TERCANTIK



Kalau kita mencari jalan untuk pergi.
Alasan itu akan jadi bukti sengal.
Hati sangsi mundar mandir kusut masai.

Cuba bertanya pada diri yang serabai itu.
Kenapa perlu tinggalkan si cantik itu.
Apa kerugian yang di tanggung jika di lepaskan.
Peluang untuk memiliki mungkin dah tak ada lagi.
Tiada rujukan untuk kali kedua jika si cantik itu terguris.
Tiada simpati di peroleh jika si cantik itu menangis.

Tapi bagi si cantik .
Hati membuak-buak untuk di miliki.
Menghalang , menepis , menangis , terhiris , termenung , mengharap..mengharap..mengharap...
sambil menanti nanti di stesyen yang terakhir.

Terlalu sebal meninggalkan si cantik.

SECARA TOLOLNYA :

" kesebalan mengatasi kepintaran diri "


SECARA TULUSNYA :

" kesian pada gadis terdahulu....."





Khamis, 10 November 2011

REMUK KEPERCAYAAN UNTUK HATI YANG LEMAU


" Kita akan percaya pada kebodohan bila pengorbanan kita dipersiakan oleh seseorang yang kita percaya "


Terlalu lemau untuk perkatakan sesuatu yang dah terkena.
Di dalam minda tercanang pekara2 yang menetak rasa.
Agak2 terkilan dengan manusia
Terlalu bijak untuk mengenakan mangsa.




SECARA TOLOLNYA :

" berpura - pura susah "


SECARA TULUSNYA :

" Separuh hati aku hampa "