Isnin, 14 November 2011

ENTRI KOSONG TIADA CERITA




Aku teragak - agak kebuntuan bila mengadap layar blog nie.. Mana taknya setiap kali aku nak menaip mesti aku terlupa pekara - pekara yg penting untuk di taip. Sedangkan sebelum mengadap blog mcm2 pekara aku pikirkan. Tengah makan pun aku dah plan apa yg aku nak bwat...

Tapi Now........ oh aku blurrrrrrr......



Jumaat, 11 November 2011

MEMBUANG GADIS YANG TERCANTIK



Kalau kita mencari jalan untuk pergi.
Alasan itu akan jadi bukti sengal.
Hati sangsi mundar mandir kusut masai.

Cuba bertanya pada diri yang serabai itu.
Kenapa perlu tinggalkan si cantik itu.
Apa kerugian yang di tanggung jika di lepaskan.
Peluang untuk memiliki mungkin dah tak ada lagi.
Tiada rujukan untuk kali kedua jika si cantik itu terguris.
Tiada simpati di peroleh jika si cantik itu menangis.

Tapi bagi si cantik .
Hati membuak-buak untuk di miliki.
Menghalang , menepis , menangis , terhiris , termenung , mengharap..mengharap..mengharap...
sambil menanti nanti di stesyen yang terakhir.

Terlalu sebal meninggalkan si cantik.

SECARA TOLOLNYA :

" kesebalan mengatasi kepintaran diri "


SECARA TULUSNYA :

" kesian pada gadis terdahulu....."





Khamis, 10 November 2011

REMUK KEPERCAYAAN UNTUK HATI YANG LEMAU


" Kita akan percaya pada kebodohan bila pengorbanan kita dipersiakan oleh seseorang yang kita percaya "


Terlalu lemau untuk perkatakan sesuatu yang dah terkena.
Di dalam minda tercanang pekara2 yang menetak rasa.
Agak2 terkilan dengan manusia
Terlalu bijak untuk mengenakan mangsa.




SECARA TOLOLNYA :

" berpura - pura susah "


SECARA TULUSNYA :

" Separuh hati aku hampa "




Selasa, 4 Oktober 2011

PADA HARI ITU : AKU MENCARI JALAN

" Aku mencari jalan...."

Kehidupan yang berkecamuk sentiasa ada peraturan.
Peraturan yang sentiasa perlu diturut supaya akur.
Perjalanan aku mencari kehidupan memang sukar.
Aku cuba melihat dunia yang kalut tu dari sudutpandangan yang berbeza...
Secara logikal dan juga secara tak logik..

Aku mencari jalan untuk mencari teman...
Aku mencari jalan untuk memperbetulkan diri...
Aku mencari jalan untuk memaki hamun orang...
Aku mencari jalan untuk berkokok seperti ayam di pagi hari...
Aku mencari jalan untuk godeh sistem badan komputer..
Aku mencari jalan untuk menghasilkan jalan laluan aku...

Pada ketika aku mencari jalan...
aku di maki
Aku di puji..
aku di kritik...
Aku di beri habuan..
Aku di basuh..
Aku di tendang...

Semua pekara yang berlaku hanya pada hari itu...
Hari yang tak sanggup aku pikir dan aku pertanggungjawabkan...
Beban dunia pada hari itu...


SECARA SENGALNYA : Mungkin " pada hari itu " adalah hari ini....hari semalam....hari kelmarin...janji hari yang sudah berlaku....terlalu beban untuk di ingatkan..."


Me"NYIMPLE" DAN MENG`ORIGINALKAN DIRI




Porak peranda dan tak keruan.
Serabut dan Hilang kenyakinan.
Unsur - unsur negatif yang menyemak dalam diri
Maka situasi yang terbaik dalam menolak unsur - unsur negatif dari menyibuk dalam hati dan kepala otak kita.. ialah dengan cara...

" Makan makanan dengan baik dan sihat "

" Tidur yang cukup lagi sempurna "

" Lakukan sesuatu dengan terbaik "

Originalkan diri dari di manipulasi oleh perasaan hipokrit.
Me"nyimple"kan keadaan yang terkusut sambil menanti keadaan yang terbaik.

SECARA TOLOLNYA :

" Emosi boleh ganggu kehidupan yang kalut..."

SECARA TULUSNYA :

" Kesederhanaan itu kepintaran... "


*nyimple = simple (maaf bahasa sendiri )

JALAN CERITA YANG TERLEPAS



Apa yg berlaku maka itulah kehidupan.
Kehidupan yang sudah terlepas jalan cerita.
Jalan cerita yang sudah berlaku dan tak boleh dia patah balik atau di padam dengan pemadam.
Jalan cerita yang merangkumi sisa - sisa kegembiraan , kesedihan , masalah dan juga saki baki emosi yang tertinggal di bahagian yang terlepas .

Yang bahagia pasti akan menyelitkan perkataan yang jalan cerita itu indah...
Yang Susah sudah tentu terpalit perkataan yang jalan cerita itu susah....

SECARA TOLOLNYA :

" Jalan cerita aku ... yang dulu terlepas..yang sekarang samar-samar.. akan datang terdetik - detik "

SECARA TULUSNYA :

" Aku bermain - main dgn jalan cerita "



Khamis, 7 Julai 2011

TER REKA & DI REKA



PADA HARI ITU : AKU PERNAH GIVE UP

" Aku pernah Give Up "

Kehidupan nie mana ada yang sempurna .
Mesti ada yang tak kena dalam sehari.
Aku rebah di setiap hari - hari .
lalu aku putus asa .
Terlalu mahu menangis.
Terlalu mahu membuang impian.
Menghadap kehidupan yang setiap detik kelabu.

Cuba mencari alasan untuk bangkit.
Hati kata mahu tapi otak kata jangan.
Lalu jiwa membalas teruskan...
Redah
Redah
Redah
dan
Redah
Sampai impian tu muncul....
Impian tu tak menunggu....
Lambat capai ...
Impian jadi debu...

SECARA SENGALNYA : Sekarang pun impian belum tercapai lagi .


TERPAUT PADA KELMARIN



Terhiba dengan hal kelmarin.
Sesat dengan situasi kelmarin.
Jatuh pada hari kelmarin.
Sangkak pada hari kelmarin.
Tertipu pada hari kelmarin.
Terpukau pada hari kelmarin.



SECARA TOLOLNYA :

" Aku tersangkut pada kejadian hari kelmarin "

SECARA TULUS :

" Menikmati pelakon terbaik berlakon di depan mata "



Isnin, 6 Jun 2011

PASAL AKU ..AKU ... DAN AKU...

Memandangkan aku tak ada apa nak di luahkan kat dalam blog hari ini .
Aku nak story cikit pasal diri aku yang boleh dikatakan sesimple je orang nya ...

Nama aku yang sebenar - benarnya ialah ...

" ABDUL AZIZ BIN JAFFAR"

Aku pun tak sure mana datangnya sejarah nama " auzza " tu.
Orang sekeliling Mukabuku tulis yang nama " Auzza " tu tak komersil n mcm perempuan...
Mula - mula aku segan gak nak pakai nama tu..tapi memandangkan aku nie x reti nak komersil kan nama aku sendiri...aku pakai gak la nickname AUZZA tu .

Aku lahir pada tahun 1985 pada hari rabu bulan ogos . Aku di lahirkan kat JB ( Johor Bahru ) .
Aku bukan di lahirkan didalam kereta ataupun di rumah..tapi dilahirkan di hospital sultanah aminah johor bahru...ala yang depan laut tu....tapi jangan tanya aku tingkat berapa aku lahir..


ini aku ketika umur brapa ek...
nta la x sure..
tapi masa nie kat KL umah tentera..
baru balik dari mengaji tu...
Yang kepala tu adik aku NO 3...mayb tahun 1991

Apa yang aku bole cerita pasal diri aku sekarang nie adalah aku seorang yang simple sahaja .
Aku boleh jadi pendiam dan bole jadi byk cakap . Aku nie jenis yang mudah rimas dengan keadaan sekeliling . Senang cerita aku tak suka tempat - tempat yang ramai orang or tempat yang bising . So pada kekawan yang ajak aku kuar p mana2 tu..pikir 2 kali if nak ajak aku kuar sebab aku akan cakap nak balik if aku pergi kat tempat yang aku rasa rimas .

Minat aku lak...aku minat main game...kalau tak minat main game tu bukan jantan namanya..kih3..

Girl type aku adalah gadis yang berbaju kurung sesejuk mata memandang ( sape la tu..) hehehehe....jangan ditanya kenapa ek...setiap orang ada pilihan hati masing2... entah la ek..aku TEROBSES dengan gadis berbaju kurung sebab it look old school n agak nampak lebih mesra alam. Mayb kena dengan Jiwa aku yang agak2 terpencil dan simple .

Aku suka bercelaru dalam blog coz blog nie mcm wilayah untuk pelbagai tragedi . sekarang nie kan blog dah mcm surat cinta ataupun rakan terapi . Tempat terluah rasa , tempat meracau , tempat bertelagah untuk politik dan tempat untuk mempromosi dan mendedahkan kehidupan seseorang . Aku suka baca blog .

Aku terlibat dengan blog semenjak aku baca blog afdlin shauki . aku suka dengan kekata dia dalam blog tu . Dari situ maka bermula la penglibatan aku dalam meluah setiap kehidupan ke dalam blog . Blog pertama aku ialah SE`CRIME . Bermula pada 2007 sehingga 2010 ...

Now blog tergendala nie wujud kerana aku nak luah segala bagai kisah hidup , luah hati mulut aku kat sini .

Okay..setakat tu je yang terluah dan tergambar yang boleh aku wujudkan dalam entri nie.
Nanti , jika ada luahan visual yang baru akan aku conteng dan sewelkan ayat - ayat kat dalam blog nie .

SECARA TOLOLNYA :

" rahsia bole jadi rahsia jika tak bocor...kalau bocor tu maknanya jari kita la yang cucuk lubang rahsia tu ..."

SECARA TULUSNYA :

" Tak salah berkongsi kisah kehidupan...kerana kisah kehidupan orang lain boleh di jadikan tauladan n inspirasi untuk orang lain ... "

AKU PLAK KATA :

" Akan cuba untuk meluah secara stereo dan juga akan cuba menvisualkan sesuatu yang baik di antara yang terpenting dalam kehidupan manusia sekeliling tak kira di muka buku ataupun di depan visual mata "




Ahad, 5 Jun 2011

NEW HEAD...NEW STANZA...HIDUP KENA FOWARD IKUT FLOW..



Okay..aku sebagai owner punya blog baru je create n bikin satu kepala baru untuk blog tergendala . Entah la ek..tetiba je terperoleh inspirasi untuk bikin sesuatu yang new untuk blog yang dah sebulan aku tak jenguk nie...
Aku still menempel " SIARAN TERGENDALA " punya icon kat dalam blog nie...

" BERHENTI DAN MENATAP "

Kalau musim terdahulu aku menggunakan pendekatan TERTUNGGANG DAN TERLANGGANG.....tapi kali ini...ayat berhenti dan menatap plak digunakan..
Jangan di tanya kenapa aku guna ayat tu... mayb ONEDAY..aku bole bagitau jawapan untuk ayat tu...kerana..aku kena menikmati kehidupan ( BERHENTI DAN MENATAP ) dan juga FLOW kehidupan aku untuk masa foward dihadapan...

Good luck untuk aku...
Good luck untuk masa depan...

Maka secara rasminya aku mengucapkan selamat tinggal kepada dunia TERTUNGGANG DAN TERLANGGANG aku yang begitu kucar kacir sekali di buatnya...

" SELAMAT TINGGAL KEHIDUPAN TERTUNGGANG DAN TERLANGGANG ..."


SECARA TOLOLNYA :

" aku masih sama lagi...cuma try melayan emosi dan kepala aku nie je...."

SECARA TULUSNYA :

" Hati , jasad , emosi , kepintaran , kebodohan , kebluran kena stanby n ready untuk menikmati kehidupan berhenti dan menatap ..... HIDUP KENA KASI FLOW...."


LIFE KENA IKUT FLOW.....


Adakah kita berpuas hati dengan aliran kehidupan kita sekarang ini....????
Sebelum kita menikmati kehidupan foward yang dihadapan untuk hari - hari esoknya...
Mari sesama kita berhenti dan menatap kehidupan kita yang sebelumnya...
Pastikah kita menikmati FLOW yang betul atau pun sudah lari dari FLOW yang sebenar...

Hidup kalau takde FLOW susah....
Pasti terkial - kial cari kehidupan....

SECARA TOLOLNYA :

" FLOW kehidupan aku lintang pukang...kekadang ikut track...kekadang lari jauh dari track..."

SECARA TULUSNYA :

" FLOW tu track kehidupan untuk manusia...kalau tak ada aliran track...manusia pasti tersimpang dan tersiur hidupnya...."

Sabtu, 30 April 2011

JARI TAK BERTULANG

HIKAYAT AUZZA AZIST (AKAN DATANG)





HARI HARU AKU TAK BERWARNA


Aku selalu hidup Melayan dada - dada langit pada setiap malam .
Bagai mencari awek di celah - celah langit yang gelap ......
Sedangkan hanya menatap bintang - bintang yang tak turun ke bumi .
Perilaku aku memang membosan kan untuk setiap malam untuk hari haru aku yang tidak berwarna.

Rasa bosan memang sebati .
Rasa Gembira hanya separuh pagi.
Meracau mencari emosi yang terkebil - kebil untuk menikmati arah tuju pun masih tak nampak lagi

Manusia selalu bahagia bersama jiwa .
Manusia selalu menyesal kerana noda .

Hari haru aku cuma sama setiap pagi , tengah hari , petang , senja , malam , tengah malam dan tengah pagi .

Selamat bersendirian untuk aku pada hari haru yang akan datang .


KEREK - KEREK YANG BER EGO


Manusia dekat area sekeliling kita semuanya ber EGO
Menutup EGO dengan hipokrasi menjadi kan manusia itu melalut.
Melalut dengan pelbagai cara dan firasat .


Ohhhhh...
Secara fakta aku sangat mengantuk dengan orang sekeliling aku yang kerek yang ber EGO....
Sangat melayukan.....

SECARA TOLOLNYA :

" Sifat EGO tu..tak pergi mana jauhnya...ada je dalam diri orang "

SECARA TULUSNYA :

" EGO DAN KEREK MENJADI SATU DAN TAK TERPISAH "



Khamis, 28 April 2011

MEN 'DRAG' MIMPI



Sedang mencuba untuk DRAG mimpi ke dunia REALITI
BUKAN kerja senang dan BUKAN kerja susah
Mimpi yang di DRAG itu belum di jangka menjadi mimpi BAIK atau BURUK
Kalau BAIK boleh la di TAJA - TAJA
Kalau BURUK buat HANCUR JIWA RASA

SECARA TOLOLNYA :

" Bongok betul aku...tetiba nak drag mimpi "

SECARA TULUSNYA :

" sesuatu kejadian ada baik dan ada buruknya "



Rabu, 13 April 2011

JARI JEMARI CONTOH LIDAH TIDAK BERTULANG YANG MENCAMPAK BATU MENYOROK JARINYA PART 1



" JARI JEMARI CONTOH LIDAH TIDAK BERTULANG YANG MENCAMPAK BATU MENYOROK JARINYA "

* Tajuk kat atas tu aku ubah suai sedikit . masa tngah dengar lagu HUJAN = INSPEKTOR REMOS ...Tetiba secara spontan aku mendapat ilham untuk mencipta cheritareka mengenai tajuk tersebut.




BERSAMBUNG..........


MANUSIA IKUT HATI BOLEH MATI...MANUSIA IKUT OTAK BOLEH RABAK..JADI...???????



Orang kata...
Kalau buat sesuatu guna akal fikiran...
sebabnya...kita sebagai manusia ada akal fikiran yang di kurniakan oleh tuhan untuk di pergunakan dalam DUNIA nie....

Manusia yang bodoh di cemuh....
Manusia yang bijak di agung - agung kan...

Manusia...manusia....

Manusia mudah kecewa , mudah putus asa
Manusia mudah gembira , mudah selesa.
Manusia mudah riak , mudah megah.
Manusia selalu ikut hati....
Manusia selalu ikut otak ...
Tapi tak semua manusia guna akal fikiran ....
Manusia kerap ikut nafsu.....

Orang kata ...
ikut hati bole mati....

Aku kata....
ikut otak bole rabak....

Yang bijak pandai kata...
ikut akal bole hidup....

SECARA TOLOLNYA :

" 30% = hati , 50% = akal , 20% = otak "

SECARA TULUSNYA :

" ....................... ( tiada ayat untuk di perkatakan )........"



Sabtu, 2 April 2011

TUHAN TIDAK BERASA GEMBIRA DENGAN AKU




Dengan setiap saat itu bergerak . aku sebenarnya dah malas nak berblog nie . Tapi entah la . Mayb bila asyik membaca blogger2 lain punya blog . Tetiba jejari nie rajin la plaknak menaip dan nak merepek dalam blog yang sudah lama tergendala nie .

Agak2 dah berapa hari dan berapa minit serta berapa saat ek aku tak membelanjakan ayat - ayat aku kat dalam blog aku nie .

ahhh lantak la....Aku sendiri pun masih tergendala lagi sekarang nie.....aku bukannya tidak ada masa nak meriwayatkan ayat2 aku dalam nie. Tapi niat untuk menaip dah tak ada . Hidup aku hanya dengan MUKA BUKU ( FACEBOOK ) sahaja.

Dammm U MUKA BUKU!!!!!!!

Untuk di jadikan sebuah cerita untuk entri kali nie . Secara suka paksa , hidup aku sekarang masih dalam keadaan tidak stabil . Masih mencari keje yang di anggap paling bagus dan memuaskan orang sekeliling aku .

Senang cerita belum sampai rezeki aku untuk memperoleh rezeki yang terbaik dalam hidup . Yela...hidup mesti mahu memperoleh rezeki yang halal dan yang terbaik untuk bakal awek , bakal isteri , bakal anak dan lain - lain lagi .

Bila di pikirkan balik , mayb tuhan tidak berapa gembira dengan prestasi aku sebagai umatnya . Mana taknya... solat pun masih lopong sana sini . e2 yang rezeki x masuk - masuk tu....

bermuhasabah diri la aku pasni . Pikir balik apa kelemahan dan ketabsubkan aku .

semua orang boleh cakap , rezeki tu ada dimana - mana .
Ayat macam tu lebih kurang sama dengan ayat :

" awek bersepah merata - rata , tapi nak cari yang sesuai dengan kita bergantung pada jodoh dari tuhan "

Sama la dengan rezeki untuk kita , rezeki tu bersepah , tapi kalau tuhan tak bagi dan xnak tunjuk jalan , Macam mana kita nak gapai dan peroleh rezeki tu .

Maka aku kena berfikir sejenak dalam 1 malam

SECARA TOLOLNYA :

" Aku menjadi bangang dan di cerca bila tidak memperoleh rezeki yang baik dan halal "


SECARA TULUSNYA :

" Mohon , berharap dan pasrah pada saat - saat di hadapan "