Khamis, 20 Disember 2012

HIKAYAT REDAH DAN TAWAKAL VOL 6



" Ter`sua muka dengan gadis terdahulu kala.."

Aku terjejak ke kawasan yang dahulunye terlalu silam buat aku...
Terlalu banyak pekara pekara yang terimaginasi bila aku terjejak ke kawasan nie..
Terlalu biasa dengan persekitaran yang terbias secara rawak...
Aku menatap satu wajah terbiasa aku lihat suatu ketika dahulu...

" Wah... gadis berbaju kurung masih lagi cantik seperti dahulu kala "

-------------------------------------

Dia bertanya khabar hati aku...

" Hati aku meroyan sambil tergendala "

Balas aku...
Namun dia hanya tersenyum sambil memberi kata kata bangkit..
Aku menelan setiap kata kata pedih dari dia...
Ikutkan hati hendak saja aku ketuk kepala dia...
Tapi orang yang dia sayang ada kat sebelah aku...
Salah ketuk aku yang di ketuk nye...

Aku di nasihatkan untuk pandai jaga diri...

"Seteruk mana jiwa...serabak mana hati 
Makan dan minum kena rasa...
Tido mesti mau lena...
Kerja mesti mau jaga..."

Begitulah ungkapan dari mulut gadis terdahulu kala...
Sudi melayan royan hati aku yang tergendala...
Tunangnya hanya senyum sambil meng`advisekan input input positif..

----------------------------------

Secara berbicara dari hati aku yang meroyan..
Tergendala di telan masalah duniawi...

" Hati ada datang dan pergi....
Hadir macam hujan....Pergi macam angin....
Perasaan di input dengan perasa yang istimewa...
Hendak atau tidak meng`upload perasaan ke dalam hati...
Kisah-kisah perasaan...untuk hati aku yang tergendala..."

Bersambung.....

~ Hikayat Ajis Tergendala ~


Rabu, 19 Disember 2012

HIKAYAT REDAH DAN TAWAKAL VOL 5



"Setiap rapsodi yang terzahir di impikan dengan nada yang terbaik..."

Bagi aku..
Aku kekurangan rapsodi yang ingin di hasilkan...
Tidak sama seperti rapsodi rapsodi warga warga kesekian alam yang lain..
Masih lagi perlu di tokok tambah 
Masih lagi perlu mengatasi kebodohan maximun..

Aku masih lagi menarik hati aku untuk melangkah sejauh yang bole
Kaki pun sama juga melangkah kehadapan selagi poket penuh...



         
Bersambung....

~ Hikayat Ajis Tergendala ~




HIKAYAT REDAH DAN TAWAKAL VOL 4



Secara fakta aku masih termanggu akan sesuatu..
Sesuatu yang boleh di ibaratkan sebagai pengacau dalam benak otak aku nie..
Indera aku pun lemau...
Hidup sekadar mengelamun...
Hati masih terpana pada firasat firasat yang terlepas..

" Aku  menanti " ANDAI "
ANDAI" di celah celah ruang peluang
ANDAI " kewujudan peluang
ANDAI " kehadiran naluri..."


Perjalanan redah dan tawakal aku bagai tiada hasil..
Hati aku masih tidak bertemu sesuatu yang bernas untuk di tenangkan..
Otak aku semakin bercelaru memikirkan sesuatu yang mengarut..

Bersambung.....



~ hikayat ajis tergendala~


Ahad, 16 Disember 2012

MENUJU ATAU TIDAK MENUJU

" Sentiasa ada jalan menuju kehadapan..
Kebarangkalian untuk pulih itu ada..
Hendak atau tidak mahu sahaja..
Selebihnye serah pada diri sendiri.. "


Sabtu, 15 Disember 2012

HIKAYAT REDAH DAN TAWAKAL VOL 3

Pada ketika aku sedang meng'upload pekara pekara sekeliling aku...

" susahnye sorunk2 kat tempat orang.."

Aku mcm dah lost dah...bukannye sesat tapi dah xde benda nk bwat.. Badan dah mula rasa yak sedap.. Mata plak rasa panas je...

...bersambung...

~ hikayat ajis tergendala ~

HIKAYAT REDAH DAN TAWAKAL VOL 2

"Kata hati yang terlewat... Menjadikan aku sesal di darabkan dgn sejuta... "


Aku bangun di subuh hari...sangat sangat awal tidak seperti sedia kala... Maklum la.. Menumpang tido di rumah ibadat... Xkan nak bwat mcm bilik sendiri...
Hari semalam...seharian aku meredah hujan tanpa perlindungan... Entah kuat atau tidak tubuh aku nie...
Hari nie aku memulakan langkah sekali lagi... Aku masih samar samar lagi lokasi seterusnye.. Mohon di tunjukkan arah.......
Teknologi yang agak agak terbatas.. Aku terpaksa melimitkan penggunaan jalur lebar..

Tik tok tik tok.... Tik tok tik tok....

Masa berlalu sesaat beredar... Aku masih kat sini tergendala... Aku mahu berputus asa sahaja... Tapi takkan aku nak kembali dengan diri aku yang mcm nie....

Termanggu aku....
Termenung aku...
Terleka aku...

Hati aku mula membebel...
Aku pula mengeluh....satu keluhan yang sangat sangat panjang....

" kenapa aku di turunkan kat bumi nie dengan hati yang lemah.... "

Bersambung.....


~ hikayat ajis tergendala~

HIKAYAT REDAH DAN TAWAKAL VOL 1

"Memulakan langkah lebih sukar dari memulakan cerita..."

Aku sendiri tak tahu kemana aku nk tuju.
Dengan hati yang hingar bingar kosong tpi terasa berat untuk aku gerak pergi.
Aku pergi bukannye untuk melesapkan diri..

Tapi hanya untuk memenuhi hikayat hati aku yang serba serbi tak betul.
Dengan berhalusinasikan niat tawakal dan fikir tuhan itu sentiasa ada..
Aku melangkah kuar uma dengan perasaan meredah...



" Hati dan otak masih tidak bersatu ketika ini "

Resah n gelisah... tiada perancangan. Aku cium tangan mak n then aku memulakan perjalanan..



.... Bersambung....

~ Hikayat ajis tergendala ~


Khamis, 6 Disember 2012

SINOPSIS UTK HARI KELMARIN


Pada hari kelmarin..... aku bagai hilang arah dan punca...
Lalu aku mengambil keputusan untuk menjejak kaki ke sesuatu lokasi yang aku rasa kekok untuk aku join.

" Hati dan otak seolah olah tidak sebati dengan diri aku "

Pada ketika itu aku membisu tapi hati aku sibuk untuk membebel seorang diri

Ketika di lokasi tersebut. aku mengelamun dalam beberapa minit...
Hati masih membebel seorang diri.... 
Aku mengharapkan hati supaya berhenti dari berkata kata ketika aku sedang mengelamun...
Serius hati dan minda tidak mahu bertolak ansur dengan aku pada ketika itu.

Hendak sahaja untuk aku memaki hati supaya senyap...
Tapi hati aku tetap degil macam aku jugak...
always repeat and membebal pasal pekara yang sama...

Dengan melayan seteguk air kopi.. aku termenung sambil mengadap langit...

" Indah nya ciptaan tuhan "

"Kan best if aku mampu kesana...."

Hati aku nie poyo la....
Mengharapkan kisah dongengan itu wujud pulak...

Secara beransur ansur...
Hati aku mula senyap... 
Mayb hati sudah give up untuk melayan karenah kehidupan aku yang kosong ini...

" Hati dan aku adalah kawan baik.."

Aku harap aku mampu meng`rubbish`kan pekara pekara negatif...
Aku harap aku dapat ubat hati aku yang kerap membebel ini...
Aku harap aku mampu tipu hati aku sendiri dengan mengatakan aku sentiasa okay...

~ ajis ~



Khamis, 29 November 2012

STEREO IKH-LAST DARI HATI YANG SASAU


Secara stereo ikhlas hati aku...
Ini la yang aku mahukan...
Mohon di perbaiki hati aku dan diri aku...
Dalam minda aku berkecamuk dengan rasa rasa negatif hinggakan menjadi seorang lelaki yang sngat sngat tidak bole di harap...

Untuk si penyembuh di masa hadapan....
Sila jadikan aku seorang yang bole di harap...
Sila jadikan aku seorang lelaki yang bertanggungjawab...
Sila jadikan aku seorang yang mampu membimbing...
Sila jadikan aku seorang yang ada masa di masa hadapan...
Sila jadikan aku seseorang yang layak utk diri awak...

Dalam ruang ruang realiti fikiran aku...
Dalam sudut hati aku....
Dalam jiwa aku...

-AZIZ-

TRANSMISI BAYU YANG TEMBUS



Aku bole hadir mcm bayu....
Setiap kehadiran aku...aku akan bawa rasa rindu aku...
Aku faham situasi impak yang bakal aku terima di kala masa semakin laju kedepan...
Tapi aku tetap mahu mencuba...
Aku tahu yang aku akan sakit..
Aku tahu yang aku akan sedih..
Aku tetap akan hadir mcm bayu...
Simpan apa yang aku rasa..
Pendam apa yang aku suka..
Hanya pada yang satu itu...
Aku masih berhati...

SECARA TOLOLNYA : " Aku lembab "

SECARA TULUSNYA : " Aku menyimpan perasaan "

SISTEM BADAN TERGENDALA



" Secara terus terang ,
Aku demam ,
Sistem badan tergendala ,
Sistem badan perlu di RESET ,
Untuk kembali ke sifat sedia kala "

Sebagai intro pembuka kata..Aku secara rasmi nye mengumumkan yang seluruh sistem badan aku tergendala....
Hanya rasa lemah dan kesengalan badan sahaja yang aku dapat sambut..

"Un-well"
Itu sahaja yang aku mampu "describe" kan...Kurang selesa bila dah terjadi pada badan sendiri...

"Maybe"
Aku perlu reset seluruh sistem badan...

Mohon cepat sembuh wahai sistem badan
Aku dah tak larat dah nie...
Sampai bila nak sakit....

SECARA TOLOLNYA : " ........................................................................"

SECARA TULUSNYA : " ........................................................................."





Jumaat, 23 November 2012

SELAMAT HADIR KE DALAM IMAGINASI AKU



" Imaginasi aku berharap ,
Berharap akan sesuatu harapan ,



Apa yang aku tngah pikir untuk kali ini....
Apa yang aku rasa ketika ini.....

Aku sedang membayangkan seseorang...
Seseorang yang hadir ke dalam imaginasi aku sahaja...

Imaginasi aku kabur...
Hanya angan angan....
Secara realiti sedih tetap sedih..
Secara ilmiah gembira tetap gembira...

Dunia imaginasi aku kebahagian sementara..
Sekiranya aku sedar..
Aku tetap jadi diri aku...

Selamat hadir ke dalam imaginasi aku..
Dunia yang jauh dari perasaan kecewa..

SECARA TOLOLNYA : Imaginasi aku masih lagi stupid hope hope

SECARA TULUSNYA : Aku masih bendul dalam dunia realiti

Khamis, 4 Oktober 2012

MENGEMASKINI IDEOTORITI SENDIRIAN TOTAL




" Menikmati suasana sendirian secara total ,
Di kira dari digit digit ,
Di himpun secara pukal ,
Peratusan yang ada hanya ..... sendirian "


Life bole jadi ikut flow
Flow tu plak mesti mau kena dgn lingkaran lingkaran Life tu sendiri
Kalau tidak di input sedih...maka kesedihan tu la yg akan timbul secara auto walaupun kita mereject rasa sedih tu.

Apa kejadah pilihan yang kita ada if tafsiran tu sentiasa tak betul.
Terlalu byk anti anti rasa yang tidak memberi suasana yang  me`nyimple kan life flow chart itu sendiri
Secara ilmiah nye aku dah penat woooooo....
Melayan karenah hati aku yang kadang kala pulih kadang kala pedih.

SECARA TOLOLNYA : " Bertafakur sambil blow the flow ke jalan yang benar "

SECARA TULUSNYA : " Upgrade kan Sistem sistem yang tergendala , Modifikasi mana mana tingkah laku yang tidak stabil dan tidak sempurna "





Isnin, 11 Jun 2012

DUA KALI GANDA HARAPAN YANG DI HARAP



" Malam siang hanya lalu ,
Masa menculik situasi yang kaku ,
Seketika terasa hati indah di pahat dengan paku ,
impian menjadi harapan palsu ,
Aku terasa sangat layu "


Kalau di izinkan
Mahu sahaja harapan itu termakbul
Tapi apakan daya
Harapan itu sekadar rindu yang terganggu serta merayu

Siapa je yang mahu mendengar harapan aku.
Harapan aku tiada perjanjian.
Harapan aku men`double`kan rasa menjadi `triple` meracau

Hendak aku buang sahaja harapan nie dek kerana situasi aku yg tak menjadi

"Burung biru" Menjadi pemula cerita..........

SECARA TOLOLNYA : " Mengharap bintang malam muncul di waktu siang ...."

SECARA TULUSNYA : " Impian aku itu bakal2 bla di bawa angin sunyi.... "







Sabtu, 18 Februari 2012

BAYANG BAYANG YANG TERLEPAS ( TOLONG JANGAN PERGI )


"Yang tidak di sini,
Dulu terjaga sekarang sudah terlepas,
Muncul sesaat hilang sedetik,"



Pasti syok kalau setiap masa kita akan terjumpa seseorang yg kita tersuka dan terminat.
Perasaan tersuka tu bole buat kita terasa mcm best je...bole bwat kita tersenggih tak tentu pasal.

Mayb tu moment seciput yang bwat kita rasa best n bahagia. So nikmati la rasa tu, daripada kita tersedih sana sini , emo setiap masa apa yg kita dapat. Kita patut bwat diri kita nie gembira.

Terlepas takpe janji moment tu memainkan peranan,

SECARA TOLOLNYA : " tetiba malam nie aku angau lak..."

SECARA TULUSNYA : " best woooo sengih sorunk2....janji kita mampu terasa bahagia walau seciput je kenikmatan tu.."


PENDAM , PERAP , SIMPAN , HARTA KARUN



Tiap - tiap hari berbekalkan perasaan yang sama.

Pendam apa yang aku rasa,
Perap apa yang aku tak terluah,
Simpan baik - baik apa yg di rasa,

sampai bila?

Yang teringin belum dimiliki.
Yang tak teringin kekadang terperoleh kekadang terbiar je.

Sampai bila?

Jari - jari mencatat rasa di dinding mukabuku & timeline twitter,
Telinga asyik melayan irama " terukir di bintang ",
Mata skodeng manusia - manusia tertatap di depan,
Fikiran tak sebati dengan diri, berfantasi di luar kawasan minda waras,
Hati hanyalah hati. Hanya merasai pekara2 yg belum sempurna,
Keinginan sekadar mahu mengharap,

SECARA TOLOLNYA:

" jangan terlalu banyak berfantasi....."

SECARA TULUSNYA:

" Mahu meletupkan apa yang terpendam dan terperap "





Khamis, 8 Disember 2011

FRASA DINGIN GELISAH


" Karakter gelisah Besifat rasa ...
Terkupas - kupas buat aku lara...
ehhhhhhh!!!!!! "


Gelisah....................
Tiada rasa beban tapi aku gelisah.
Tersusun gelisah tu dalam diri aku.
Wujud ketika aku rasa ingin bersendirian.
Setiap ketika aku bersendiri ketika itu angin gelisah tiup masuk dalam diri aku.
Dingin betul rasa gelisah tu.

Aku menaip ketika ini pun gelisah.
Ruang - ruang untuk tenang tiada.
Ketenangan itu terkikis dek sepoi sepoi angin gelisah.

Terlafaz kata - kata gelisah...
Terngeluh sifat - sifat gelisah..
Terkusut jiwa - jiwa gelisah...
Termanggu nada - nada gelisah...
Tersakit luka - luka gelisah..

Aku cuba berpura - pura melafaz kata - kata ketenangan.
Namun kurang berjaya kerana kegelisahan aku bersifat hampa..
Hampa yang hampeh beserta sebal yang sengal..

Aku gelisah kerana rindu...Barangkali dengan siapa...
Aku gelisah kerana keliru.. Barangkali aku kusut...
Aku gelisah kerana sedih.. Barangkali aku sunyi...
Aku gelisah kerana biol... Barangkali aku lampi..
Aku gelisah kerana moody.. Barangkali aku angin...
Aku gelisah kerana aku mengharap... Barangkali aku menanti sesuatu...

Gelisah...aku balas dengan mengeluh je la...hurmmmmmmmmm....
terngeluh dalam nafas yg tak berapa nak sedap baunya......

SECARA TOLONYA :

" mungkin gelisah tu hanya teori sengal aku....."

SECARA TULUSNYA :

" pergi...pergi..pergi...aku sakit sebab gelisah......."



PENCATAT RASA MAYA PADA TAPAK PUTIH





" Twitter adalah Hikayat aku...
Facebook adalah Jasad maya aku..
Blog ini adalah hati aku...
Terpisah satu persatu didalam talian maya yg tiada batasan waktu "


Memalam lewat mcm nie tercatat sesuatu pada tapak putih blog nie.
Tandanya hati aku melayan rasa.
Rasa yang tergendala itu la yg aku catat.
Kalau tiada rasa yang tergendala maka tiada cacatan yg tercatat.

Aku bingung dengan Rasa tergendala aku.
Ketika aku mula mahukan rasa
Ketika itu juga rasa itu di kerat.

Bila rasa itu dikerat - kerat..
Maka pencatat rasa mula memulakan tugas.
Setiap racun - racun rasa tercatat pada dinding putih ni.
Sukar nak mencatat madu - madu rasa di sini.
Blog ini hati aku... 80% hati aku byk kesedihan
Selebihnya tinggal rasa gembira yg aku simpan dakap2.

Riwayat dan hikayat hati blog nie ikut sampai kedepan.
Kedepan maju mengikut citarasa kehidupan dihadapan.

SECARA TOLOLNYA :

" Berkali - kali aku berhenti menatap rasa yang sentiasa buat aku sunyi "

SECARA TULUSNYA :

" Make a move.....life tu bukan maya... Life dihadapan itu bakal2 menjadi sejarah utk aku "



Sabtu, 26 November 2011

PELAKU PEMBIKIN DOSA BANYAK MENUNDA



Agak terkilan ketika maal hijrah berlangsung.
Di antara waktu asar dan maghrib...

Di antara waktu tersebut....
aku duduk termenung dengan pekara-pekara yang terlepas.

Apa yang aku buat dari sebelum asar bermula...
Apa yang aku telah amalkan sebelum asar bermula...
Apa yang aku baca sebelum asar bermula...

Aku ketandusan pekara2 takwa..
Bila di tenung untuk pekara - pekara yang terlepas...
Terlalu banyak solat yang aku tunda...
Terlalu banyak amal yang tertunda...


SECARA INSAFNYA :

" Aku si pelaku pembikin dosa cuba muhasabah diri "



Khamis, 24 November 2011

MELODRAMA RASA SADIS





Aku rasa beku dan lemau bila malam menjelang pukul 11 keatas. Setiap saat yang tercilok pada waktu yang mcm tu betul2 buat aku gelisah tak tentu arah . Bila aku tatap dinding FB aku rasa tak best..bila dok ngadap timeline twitterjaya aku rasa mcm sunyi la plak.. orang sibuk pot pet pot pet kat timeline aku lak xde bahan nak di sebarkan...

Telefon pintar..sekadar perhiasan je kat atas meja. Bila la telefon tu nak bising ek. sape la bakal2 orang yang akan buat telefon tu berbunyi...siapa ? Siapa ?

Sekarang.. zaman 2011 semakin hampir ke penghujungnya...setakat nie dah mcm2 pekara penting dan tak penting aku harung. Dari awal tahun hinggalah sekarang nie. Potensi aku untuk maju belum perfect sepenuhnya. Susah nak majukan diri nie . Maklum la, tak semua pekara hadir dengan senang. Tak kirala dari segi rezeki , jodoh dan sumber hidup. Semua nya masih terkais - kais aku cari.

Tapikan semakin hampir penghujung 2011 nie. Motivasi aku nak teruskan life aku untuk tahun 2012 dah xde. Sekarang 0% ...mayb saat saat dihadapan point motivation aku akan jadi -30.

Dah sebulan aku semat dalam otak supaya aku cari motivation balik , korek mana2 lubang cahaya supaya point tu naik. Tapi secara serius dan jujur aku cakap, Aku kecundang dengan permasaalahan aku nie. Bagai di tendang dek gajah , di tumbuk dek kangaroo.

Aku dah tumbang dengan perasaan kecundang aku.
Kalau lah....kalau lah.. kalau lah...ada supporter yang mampu support aku dari belakang seperti sahabat2 lelaki aku yang lain yang ada bidadari , Sekurang-kurangnya aku mampu melangkah dengan bermotivasi walaupun life aku sukar.
Aku tengok kekawan yang lain , Sesukar mana kehidupan mereka...mereka tetap ada semangat nak harung kehidupan mereka. Memasing ada matlamat dan impian. Thanks tu bidadari mereka yang banyak membantu. Sebagai kawan aku tumpang gembira.

Untuk aku....
Aku mengimpikan " BIDADARI HORIZON " muncul dalam hidup aku.
Aku juga ada impian yang nak aku kongsikan bersama.

..............................


Patut tak aku putus asa sahaja
Aku masih tergendala , Sifat-sifat negatif dah mula masuk dalam hati aku lalu menyuruh aku berputus asa sahaja. Teruskan kehidupan yang gagal seperti biasa. Teruskan kehidupan..teruskan kehidupan...



SECARA TOLOLNYA :

" Termenung......................................................................................"

SECARA TULUSNYA :

" Mentafsir ........................................................................................"