Dalam hidup ini mungkin kita telah berulang-ulang kali melihat sesuatu yang terbiasa dilihat. Masa aku sakit beberapa hari yang lepas. Aku rasa tuhan nak tunjukkan aku sesuatu. Sesuatu yang memberi jasad ini kesedaran akan sesuatu yang sepatutnya aku hargai.
Jasad aku kekadang statik..
Jasad aku kekadang layu...
Jasad aku kekadang memberontak...
Jasad aku kekadang Berjiwa bernada rasa...
Jasad aku kekadang melakukan dosa besar dan dosa kecil...
Tapi jasad aku hanya la jasad manusia...
Diri aku hanya menyarung badan manusia...
Jiwa aku...nyawa aku...hanya di beri pinjam dari tuhan...
Bila-bila masa sahaja tuhan bole ragut....
Bila-bila masa sahaja tuhan bole rampas...
Bila-bila masa sahaja tuhan bole ambil...
Oleh kerana itu...
Aku sebagai peminjam nyawa dari tuhan...
Cuba untuk berubah dan merubah...
Boleh dikatakan setiap saat dosa sentiasa terpalit pada diri ini...
Bole dikatakan dosa sentiasa menjadi beban pada jiwa ini...
Manusia itu selalu tumbang dengan dugaan...
Dugaan manusia sentiasa ada....
Secara tololnya :
" Hidup jangan sentiasa dibuat-buat "
Secara tulusnya :
" Berjalan , melihat dan mentafsir selepas itu Merubah , berubah dan mengubah "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan