Khamis, 4 November 2010

MELODRAMA HATI BERJIWA DAN BER`ROH





Merungkai melodrama yang di paparkan didalam stanza hidup .
Merupakan satu peluang yang teristimewa .
Dengan merungkai melodrama..kita akan faham apa itu karya hidup.
Tafsir setiap kesakitan...
Tafsir setiap kesedihan
Tafsir setiap kegembiraan

Setiap yang divisualkan....
Menunjukkan komplikasi yang kita perlu hadapi.
Sebagai manusia yang berjiwa dan ber" ROH...
Kita perlu merawat setiap apa yang sakit...
Kita perlu perbaiki setiap apa yang rosak

Hidup itu akan jadi indah jika manusia yang berjiwa dan ber `ROH tahu nak hargai hidup .
Hidup itu akan jadi indah jika manusia yang berjiwa dan ber `ROH tahu makna karya hidup.
Hidup itu akan jadi indah jika manusia yang berjiwa dan ber `ROH tahu tujuan dia hidup.
Hidup itu akan jadi indah jika manusia yang berjiwa dan ber `ROH tahu cara merawat luka dalam hati .

Hati manusia sentiasa akan sakit ...
Hati manusia sentiasa akan sedih...

SeCaRa ToLoLnYa :

" aKu HAri-Hari RaSA suNyi....HeHeHeHe..TaPi abaiKan Je....JanJi hiduP MesTi di TeRusKan "

SeCaRa TuLusNYa :

" WaLauPuN aKu suNyi..Tapi aKu teTap Jiwa KaCau BiLa aKu terGuRis....."



OMELAN MALAM YANG TAHAP SUHU SEKELILING AGAK-AGAK PANAS......



Malam nie....
Malam yang agak-agak panas suhu nya.
Sampai aku tak boleh buat kerja dengan suhu yang sebegini azabnya .

Untuk meringkaskan cerita malam nie.
Aku sendiri tak tahu apa yang nak aku taip malam nie.
Seperti biasa Jiwa kacau sahaja jika aku mahu menaip disini..
Tapi bila di toleh-toleh.....
Aku rasa sudah agak berzaman jugak aku tidak menaip bahasa jiwa aku kat sini.
Manakan tidak...
Aku sibuk dengan Dunia di Negeri Johor nie.
Sibuk dengan menjadi penembak Figura...
Sibuk dengan mencipta karya-karya hodoh dan cantik .
Sibuk dengan sifat-sifat jiwa manusia sekeliling yg suka menembak dari belakang , yang sesuka tolong menolong , yang baik hati , yang berjiwa kosong , yang berjiwa-jiwa dan pelbagai genre jiwa manusia yang lain .

Macam biasa ...
Aku cuba menjadi manusia yang tidak sempurna tetapi dalam pada masa yang sama memperbaiki setiap kecacatan yang ada.

SeCaRa ToLoLnYa :

" aKu MasIh BeLuM semPuRna LaGi "

SeCaRA TuLusnYa :

" aKu Nie MasIh MaNusIa YaNg beRjIwa-Jiwa ...Kekadang berJiWa Kosong...."



Selasa, 19 Oktober 2010

MEMBEKAS UNTUK YANG TERBEKAS


Entri kali nie aku tak tau nak bercerita mengenai apa .
Aku cuba mencari pengertian terhadap tajuk entri diatas .

" MEMBEKAS UNTUK YANG TERBEKAS "

Aku Sendiri tak bole nak fikir dalam-dalam pasal tajuk tu..
Tapi aku yakin ada sesuatu yang abstrak dan pengertian yg mendalam pasal "statement " tu...

Ini yang aku pikir kan :

1 ) Adakah ayat nie perli or kutuk aku .
2 ) Adakah ayat nie suruh aku pikir panjang .
3) Adakah ayat nie minta aku buat bekas .( hahaha soklan bodoh )
4) Adakah......................

Ohhhhh...aku dah blur...

SeCaRa ToLoLnYa :

" aKu TaK FaHAm AyAt TeRSeBuT "

SeCaRa TuLuSnYA :

" oHHhhh...OtAk aKu TidaK BerFuNgSi aRi nIe... "


Sabtu, 16 Oktober 2010

KATA HATI CINTA KAYANGAN


Bila hati mengadap langit yang cantik .
Secara zahir hati berkata , jauhnya langit yang cantik itu .
Macam mana nak capai dan gapai .
Mungkin kata-kata dari hati sahaja yang mampu keatas langit yang cantik itu .
Kalau sampai pun , langit yang cantik itu mahu ke membaca kata-kata hati itu .

Cara kata hati lain...
Cara langit cantik lain..

Setiap rangkap didalam stanza
setiap lafaz didalam nada
Hanya mampu terbang tinggi sahaja .
Entah-entah terlepas ke bulan ...kalau jauhpun ke bintang sana sahaja...

SeCaRa ToLoLnya :

" WaLaUpUn KaYaNgAn HaNYA KhaYaLan..TaPi Ia Tetap IsTiMeWa..."

seCaRa TuLuSnYA :

" TuMbanG NaIk KeLangIt....HanYa KiTa Je YaNg TaHu keRanA KiTa BeRusaHa "




PENEMBAK YANG TERTEMBAK DARI BELAKANG OLEH RUMPUNNYA


Walaupun kita ini seorang penembak yang terbaik
Mahupun yang tidak baik. Secara jujurnya kita pasti akan terus menembak sasaran depan mata .
Tapi bagi seorang penembak . Seharusnya mempunyai prinsip yang tersendiri. Prinsip yang menjadi pegangan seorang penembak .

Sekiranya seorang penembak mempunyai prinsip menembak jika sasarannya mengadap dia. Maka itu la prinsipnya .

Tapi jika seorang penembak mempunyai prinsip menembak dari belakang maka dia akan menembak sasarannya dari belakang .

Jika tertembak dari belakang , tetapi sasaran itu adalah salah . Maka apa akan jadinya . pasti akan rugi pelurunya .

SecArA ToLoLnYa :

" SiLa MeNemBaK pada SaSaRaN Yang bEtUl daN TePAt seKiranYa MaHu meNeMBak saSaran DaRi BeLakAng "

seCaRa TuLuSnYa :

" aku bUkaN SeOraNg PeNEmBak YaNg heBat.... "


Ahad, 10 Oktober 2010

RAYA PUN SUDAH HABIS...



Agak-agak lama juga aku tak melayan blog nie
Manakan tidak aku asyik melayan facebook je sampai lupa blog aku nie.
Nasib baik blog nie tak merajuk

Sampai entri raya pun tak buat sampai raya dah habis pun aku masih tak buat pasal entri raya.
Aku rasa tak perlu kot buat entri raya....

Takde apa nak cerita

aHHHHHHHH...Nanti2 la aku cite.....

Hati tak tergendala
Jiwa pun sudah stabil...

kih3...

apa2 hal aku roger...

secara tulusnya :

" badan penat la.................................... "

Secara tololnya :

" malas nak menaip pepanjang,...................."


Jumaat, 3 September 2010

DIRI INI LEBIH LAGI.....




Dulu ada orang cakap diri ini tak ada masa depan.
Dulu ada orang cakap diri ini Tidak berguna.
Dulu ada orang cakap diri ini kementalan.
Dulu ada orang cakap diri ini merimaskan.
Dulu ada orang cakap diri ini menyusahkan.

Secara tulus diri ini memang tergendala.
Tergendala dalam semua pekara.
Diri ini tergendala kerana pencilok masa yang terdahulu pernah berkata semua pekara diatas.

Apa yang ada pada diri ini jika pencilok masa terdahulu mengkritik diri ini.
Apa yang ada pada diri ini jika pencilok masa terdahulu menghentam diri ini.

Pencilok masa terdahulu betul-betul buat diri ini tumbang.
Pencilok masa terdahulu betul-betul buat diri ini tergendala.

Sekarang diri ini perlu masa untuk menikmati kehidupan.
Sekarang diri ini perlu ruang untuk mengkagumi nikmat alam.
Sekarang diri ini perlu mencilok masa yang terlepas pada suatu ketika dahulu.

Kita masih berkawan.
Berkawan untuk selamanya.
Diri ini tidak penting kan diri sendiri seperti pencilok masa terdahulu.

Bila tiba masanya untuk diri ini kembali bermula.
Diri ini pasti akan kembali.
Kembali menikmati hidup-hidup yang dihadapan.

Seketika ini.
Mungkin dalam 10 tahun mendatang.
Kalau awak dicipta untuk diri ini....
Kalau JODOH untuk kita...
Kalau awak susun silang kata saya yang lengkap.
Hubungan itu pasti ada dan tidak akan pergi kemana-mana.


Secara ToLoLnya :

" aKu BencI PenCiLok MaSa terdaHuLu..."

SeCara TuLusNya :

" MaHu niKmaTi sIsa-siSa YanG TerLepaS...."





SELAMAT MERDEKA MALAYSIA




31, OGOS bole dikatakan tarikh yang wajib bgi rakyat-rakyat malaya/malaysia menyambut hari kebebasan ataupun hari kemerdekaan malaysia daripada dijajah.
Betapa bangga nya aku kerana dilahirkan di negara ini. Tengok sahaja kad pengenalan aku. sudah terpampang warganegara malaysia. Walaupun aku terlalu taksub dengan negara korea & jepun tapi dalam hati aku nie. Masih 100% buatan malaysia. jiwa aku jiwa malaya/malaysia.

Secara Tulusnya :

" aKu Bangga JadI aNaK MaLaysia...."

SecarA ToLoLnYa :

" aKu MasIh beLoM MerdeKa daRi ptPtN , MaRa daN mak bapak aku...ahahhahaaha "





Ahad, 29 Ogos 2010




VISUAL JASAD STATIK : D`Le Ma

Mengisahkan dilema seorang gadis yang terabai dan diabai ole pakwenya.
Hati dia berbelah bagi sama ada mahu meninggalkan ataupun mahu terus setia.


SEWAKTU KETIKA DAHULU DI JOHOR BAHRU






Dari bangunan hingga la ke jalan..Bole dikatakan macam-macam ragam berlaku .
Dahulu kala sewaktu masih menuntut di kolej berhampiran ( sumpah aku takkan cakap nama kolej tu kat sini ) jalan ini bangunan ini bole dikatakan wajib untuk aku lalu dan untuk aku masuk. seolah-olah dah mcm tak ada jalan lain untuk aku lalu . Jalan tu jgak menjadi tempat aku turun dan naik bus .

Bertahun-tahun juga la aku lalu untuk masuk ke city square ( cs = orang JB ckp ) . Bertahun-tahun jugak la aku dan kawan-kawan aku cross zebra line tu nak p hardrock ( orang jb jgak ckp ). Tidak kira untuk menjamah di petang hari ataupun untuk berbuka di senja hari. Bole dikatakan port hardrock tu menjadi destinasi wajib kepada warga-warga jb jika mahu menyatap dan disantap .

Jalan itu dan lorong itu boleh dikatakan tempat aku menembak karya-karya bodoh aku. tidak kira karya statik untuk karya untuk kolej atau pun karya peribadi. Pernah satu hari aku menembak bersama member-member team aku . Buat keje gila . menembak sambil berdiri lama-lama di trafik light berhampiran dalam masa satu jam di tengah-tengah orang lalu lalang dan juga matahari seterik tidak kan . ( terima kasih kepada afif ...hahahaha kecian ko waktu tu )

Banyak lagi memori-memori lapuk yang berlaku kat jalan dan bangunan tu. Tapi tak bole cerita lebih-lebih kerana memori-memori lapuk dah banyak aku lupa. Kena duduk diam-diam baru aku ingat .

SeCaRA ToLoLnyA :

" aKu sudah teRLaLu Tua..MaKa MeMorI akU sudaH LaPuK "

SecaRa TuLuSnYA :

" BesT wOOOO MASa zaMAN KoLej dulu.....hahahahaha.."






MEMORI UNTUK HARI ESOK




Andai muka dihadap dengan cahaya suria .
Bererti kehidupan pasti cerah.
Andai mata dihadap dengan sesuatu yang gembira.
Bererti bibir itu akan pasti akan melakar senyuman.

Tika memori seperti itu disimpan untuk hari esok.
Mampukah kita tersenyum lagi
Mampukah kehidupan itu cerah lagi
Bolehkah memori semalam berulang kembali untuk setiap hari-hari yang mendatang.

Tika masanya berlaku ....
Bolehkah ia berlaku untuk sekali lagi.
Sekali lagi untuk kita rasa...
Sekali lagi untuk kita gembira...
Sekali lagi untuk kita bahagia...

SeCaRa ToLoLnya :

" MeMoRi TeTaP MeMoRi , Di sImPan KeTaT-KeTAt , Di FraMe KasI RaPaT , di ToNjOL UntUK KeNangaN "

seCaRa TuLuSnYa :

" MeMorI YaNG BaIk akaN di keNanG , MeMorI YaNg BuRuK akAn Di ratAp "



Rabu, 25 Ogos 2010

SELAMAT MENJADI DARI AKU UNTUK AKU YANG TERGENDALA






21 OgOs 1985 aKu WuJud

SeKaraNg 21 OgOs 2010 ( 25 TahUn suDaH )

HeHehehe....HiduP seLalu BerJiwa terGendaLa...

TaPi YaNg PeNtiNg foKus aPa YaNg KiTa TaRGeT




seCara ToLoLnya :

" Life aKU MmG TerUk ..taPi aKan aKu UsahaKanNye unTuk beRjaYa "

SecaRa TuLusNya :

" akU suKa HidUp aKu sKrg nIe yanG TerGenDaLA....."





Selasa, 24 Ogos 2010

MALAM YANG TIADA CERITA



Setiap apa yang kita nak kata..
Akan terkata secara sengaja ataupun secara tidak sengaja.
Malam yang tiada cerita ini membuatkan kepala otak aku rasa macam mau meletup.
Tadi siang ada benda yang aku nak perkatakan di BLOG TERGENDALA ni..
Tapi bila malam menjelma....Hilang dan sirna...
Ahhh......Lupakan je la apa yang aku nak conteng pasal petang tadi punya kata.

Malam yang tiada cerita ini sudah masuk malam yang ke 14 aku berpuasa...
Apa amal yang aku buat ek di bulan puasa nie...
Nak kata terawikh full....terawih aku lopong... kejap pergi..kejap tidak...
Bila difikirkan balik...aku hanya berpuasa sahaja tanpa melakukan amal-amal yang lain...
Adeh.....terasa jauh diri ini dengan tuhan....

Dalam kesibukkan aku menjalani ibadah puasa nie...
Tanggal 21 ogos bersamaan dengan hari sabtu ... aku telah menyambut hari menjadi aku yang ke 25...

Hahahaha.....
Agak-agak terkilan bila umur aku semakin meningkat....
Mana tidaknya.... Dalam diri aku nie masih terasa muda lagi... "Young man 4Eva"
Dengan senang hati aku mengucapkan .

" SELAMAT HARI MENJADI DAN HARI TUA "

Tamat sudah tarikh hari tua aku..
berlalu dengan bahagia dan jayanye...
Terimas kepada sesiapa yang " wish ". Aku hargai korang.


Secara ToLonYa :

" aKu saNGaT saYAnG DirI AkU , WaLaUpUn daH TUa...aKu Tetap aKan MudakaN dirI Ini "

SeCara RasioNalnYa :

" daH 25 RuPanYa aku....( tersengih Bersendirian )


Sabtu, 21 Ogos 2010

KETIDAKSTABILANNYA AKU DEK KERANA LAPTOP KU




Sudah berapa malam aku asyik tidor selepas sahur.
Itu tandanya nya aku sudah tidak normal lagi.
Manakan tidak ... mata aku asyik mengadap cermin laptop ini sahaja.
Mengadap kerja , mengadap anime , mengadap muka-muka awek kat facebook.
Ah.......Aku sudah tidak stabil lagi.
Waktu tido aku sudah di curi oleh laptop kesayangan aku ini.

Untuk menyeluk masa yang terluang pun seakan-akan sukar.
Padahal hari-hari aku on9 dan mengadap laptop ini.

Aku cuba untuk menyeluk masa untuk meng "Updated" kan blog ini tapi apakan daya....
Masa aku telah di cilok oleh laptop aku sendiri....
Entah apa jampi yang dia pakai aku pun tak tau....
aku sudah ketagih mengadap laptop dan facebook...
Ohhhh tidak.........tidak mahu ketagih...

Nasib baik waktu makan aku....
Nasib baik waktu mandi aku...
Nasib baik waktu solat aku...
Tidak di seluk oleh laptop ini...

Maaf laptop aku terpaksa kondem kau ari ini....
Aku sudah tidak tahan lagi....
Aku mahu merehatkan mata....
Masuk ari nie dah 3 minggu ( B4 puasa + after puasa +) aku asyik tido lewat...
Aku sudah tidak normal lagi....

Habitat aku semenjak dua..semenjak lima menjak ni...

5.00 am : sahur sambil ngadap laptop
6.00 am : solat ( oh tidak sama sekali aku solat ngadap laptop )
6.30 am : tido ~~~~~~~

zzzzZZzzzzZZzzZZzzZzZzZzzzZzzzzZZzZzZzz

2.00 pm : Baru bangun tido ( kedengaran mak aku membebel mengarah adik aku pergi
sekolah agama )
2.05 pm : buka laptop...ngadap laptop...

laptop.....laptop...laptop.....facebook..facebook....facebook.....

5.00 pm : tutup laptop tngok tv plak....( LAYAN CITE KOREA )

KorEa...KoRea...KoRea...koREa....

8.00 pm : buka laptop balik.....ngadap facebook....

5.00 am : sahur sambil ngadap laptop

Ahhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

tiap-tiap ari aku mengalami situasi macam tu...
aku mahu kembali normal....

NORMAL...NORMAL......NORMAL.....

Secara kolotnya :

" aKu maHu tiDor DeNgan NyeNYaK NYe....."

Secara tulusnya :

" aKu maHu hirup uDaRa SeJuK dI waktu PagI......."



Khamis, 12 Ogos 2010

MANUSIA DI CAS NEGATIF JAHAT





Ada orang cemburu melihat kelebihan orang lain...

Ada orang iri hati tengok kejayaan orang lain...

Ada orang suka reject orang lain...

Ada orang suka bawa mulut...

Ada orang suka bermegah-megah...

Ada orang suka bernada poyo...

Ada orang suka membuat-buat " PERBUATAN "

Ada orang.....

Negatifnya sifat manusia....


Secara tololnya :

" Manusia tetap manusia...tiada untung...tiada rugi...."


Secara tulusnya :

" Manusia tidak sempurna ......."



Rabu, 11 Ogos 2010

VISUAL JASAD STATIK : TER......INSPIRASI DIA









OMELAN AKU YANG POYOZ







PUASA...OH....PUASA



Hari ni " first day " berpuasa...
Kat jb hujan masa nie...aku lak baru bangun tido...heheheheh
Tak ada pekara yang aku nak conteng kat blog nie ari nie.
Aku tidak mengerakkan pandangan visual aku ke dunia luar...
Kalau di gerakkan pun kemungkinan di bazar ramdhan petang nanti.

Bila dah duduk uma...
Otak tak bole nak berfikir secara rasional...
Perut lak kekosongan walaupun pagi tadi aku sahur...

Dalam beberapa hari yang lepas sebelum puasa aku ada masukkan entri :


Ini hanya peringkat percubaan . Memandangkan aku dah takde keje...
Jadi aku menggatalkan jari jemari aku untuk explore sesuatu yang aku
pernah belajar sebelum nie.


ok...
Sekarang aku blur....tetiba perut aku berbunyi...
Masa untuk bergerak bebas ke dunia luar...
okay...


Secara tololnya :

" Aku nak puasa penuh tahun nie..tak kira apa jadinya...hehehehe "

Secara tulusnya :

" PUASA ITU WAJIB BAGI UMAT ISLAM "


Selasa, 10 Ogos 2010

VISUAL JASAD STATIK : PrOlog










RAMADHAN KEMBALI







PUASA PUASA PUASA...YAHooooooooooooooo





Puasa sudah mali....
Hidup aku kembali kepada normal mode ketika berpuasa.
Menjadi yang terbaik dibulan puasa.
Menjadi manusia dibulan puasa

SELAMAT BERPUASA






Sabtu, 7 Ogos 2010

VISUAL JASAD STATIK BERNADA RASA















TAMAT



PRIMA " DONNA " Part 2.....ENDING





Aku sebenarnya tak sampai hati nak memulakan cerita ini...
Aku sendiri pun tidak tahu kenapa?
Tapi seseorang ada cakap dengan aku ...
Dia kata
" klu nk kt seseorg bkn mcm ni cara nye... "

Bila dia dah cakap macam tu...
aku terfikir...
Aku sayang kan dia...
Kenapa aku perlu sakitkan ati dia dengan cerita yang sebegini...

Adakah aku betul-betul sayang kan dia....?
Kalau jawapan aku " YA "
means aku tak patut tulis cerita nie dan publish pada semua orang...

~ TAMAT ~



Jumaat, 6 Ogos 2010

STATIKNYA VISUAL JASAD INI



Dalam hidup ini mungkin kita telah berulang-ulang kali melihat sesuatu yang terbiasa dilihat. Masa aku sakit beberapa hari yang lepas. Aku rasa tuhan nak tunjukkan aku sesuatu. Sesuatu yang memberi jasad ini kesedaran akan sesuatu yang sepatutnya aku hargai.

Jasad aku kekadang statik..
Jasad aku kekadang layu...
Jasad aku kekadang memberontak...
Jasad aku kekadang Berjiwa bernada rasa...
Jasad aku kekadang melakukan dosa besar dan dosa kecil...

Tapi jasad aku hanya la jasad manusia...
Diri aku hanya menyarung badan manusia...
Jiwa aku...nyawa aku...hanya di beri pinjam dari tuhan...
Bila-bila masa sahaja tuhan bole ragut....
Bila-bila masa sahaja tuhan bole rampas...
Bila-bila masa sahaja tuhan bole ambil...

Oleh kerana itu...
Aku sebagai peminjam nyawa dari tuhan...
Cuba untuk berubah dan merubah...
Boleh dikatakan setiap saat dosa sentiasa terpalit pada diri ini...
Bole dikatakan dosa sentiasa menjadi beban pada jiwa ini...

Manusia itu selalu tumbang dengan dugaan...
Dugaan manusia sentiasa ada....


Secara tololnya :

" Hidup jangan sentiasa dibuat-buat "

Secara tulusnya :

" Berjalan , melihat dan mentafsir selepas itu Merubah , berubah dan mengubah "




MUZIK ITU NADA RAMA UNTUK NADA RASA


Jika hati dan otak sudah boleh bersatu.
Itu menjadikan aku sudah bole mencarut kat dalam blog nie.
Minta maaf dengan kekasaran bahasa aku.
Bagi aku mencarut adalah menconteng arang kat blog nie.
hehehehehehe....

Dalam sejam yang lepas...Seseorang telah kongsi sesuatu dengan aku.
" Dia " kongsi lagu ....lagu yang bawa ketenangan pada diri aku... hati aku...dan otak aku....
Lagu itu berjaya menyatukan otak dan hati aku...
Lagu itu berjaya menjadikan hati aku tenang...otak aku stabil...
Terima Kasih kepada " dia "
Saya hargai awak...
Aku pun nak kongsi gak lagu tu tapi..nanti aku publish...
hehehehehe...

Sekarang jam pukul 2.44...
Corong telingga aku sedang mendengar lagu " NO OTHER " dari super junior...
Aku sendiri tak tahu kenapa aku suka dengar lagu itu...
Mungkin secara teorinya lagu itu catchy dan sesedap rasa untuk didengar...
Terus terang aku cakap yang aku " TAK FAHAM " bahasa korea tapi bila dengar lagu tu...
Terasa macam aku faham...
Terasa macam aku bersatu dengan lagu tu...
hahahaha....Poyokan ayat aku...
Lagu tu buat aku jatuh cinta....wehehehehe....
Walaupun aku tak faham sepatah haram...

Apa lagi ek aku nak cakap ...
Aku suka gak lagu Ana rafalli...
Best wooooo lagu dia..." TOLONG INGAT KAN AKU "
Lagu tu macam ingatkan aku pada seseorang....

^__^ ( miss u )


Secara tololnya :

" Aku layan semua lagu K-POP , j-POP , J-ROCK , indie , nasyid , lagu puisi.....Tapi jangan bagi aku dengar lagu hard core...pantang betul...tak boleh masuk dalam jiwa lagu tu...bwat rosak telingga je..."

Secara tulusnya :

" Lagu itu makanan jiwa , hargai lagu , hargai irama umpama hargai orang sekeliling kita "




Khamis, 5 Ogos 2010

SEKARANG HATI RABAK....AKAN DATANG ......



PERCUBAAN PERTAMA




BiLa SeSuaTu YaNg teRdahuLu....
MasIh aDa DaLAm diri....
PasTi aKan teRAsa KeSaN RaSA


YanG haNYa KiTa RaSA...
HaNYa BaYaNg DaN raSA siSa TerDaHuLu...


YaNg KeNa TiNggAl...
TeTAp keNa tinggAL...
TaPi......



JaTuH ciNta Tu BuKaN seKaLi..... ^___^

TAMAT


Karya diatas sekadar percubaan sahaja.
Hope enjOy...
Banyak kekurangan....tapi akan diperbaiki...



PRIMA " DONNA " Part 1


SINOPSIS
Berkisarkan seorang gadis bernama nyssa.
Yang dahulunya "nerd" ketika sekolah tapi anjakan paradigma berlaku ketika tamat zaman persekolahan.

Dunia yang luas dia kenali
Maka pelbagai ragam dan cara dunia luar dia belajar dalam melepaskan geram zaman sekolahnya.

Dari seorang budak sekolah yang pendiam ...

Bagaimana dia di gelar PRIMA " DONNA "?
Siapa GG dalam hidup dia?
Kenapa dia selalu sebut buat-buat @ uweekkk..

NANTIKAN PART 1 : INTRO


LA...LA....LA....TEORI MALAM YANG "TEPU"



Okay.....
Malam nie aku tak tau nak tulis apa kat blog tergendala nie...
Demam aku masih belum reda lagi....
Sekarang nie masih pkul 2.00 am.....Mata tak ngantuk lagi...
Perut kelaparan....

Untuk dijadikan cerita...
Pagi tadi someone said to me...Nak tau sape?
hehehehe...FINA ada cakap yang dia ada baca blog aku.....
Aku tak tau nak cakap apa.....cuma aku happy sebab dia baca blog ni...
hehehehe....gembiranya aku....

^___^

***************************

Malam nie jgak aku masih bosan melayan facebook....

" ArHHHHHhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! "

Aku takde ayat nak tulis kat blog nie. Otak aku masih tak dapat bersatu dengan hati. Banyak masa aku abaikan untuk menyatukan otak dengan hati. Tapi gagal......

Sabar hati.....
Tenang otak....

HATI + OTAK = IDEA YANG LAHANAT , KONSEP YANG TOLOL , TEORI YANG BERNAS

*******************************

Bagi orang , merebahkan badan ke tilam ataupun golek-golek diatas tilam memang agak senang dan sempurna.

Bagi aku pulak , bila tengah demam nie ditambah dengan seksa sakit gigi nie. Betol-betol menguji Kesabaran diri . Dah la tak boleh tido. Bila rebah je , mata masih terbeliak melihat siling.

Tolong la...!!!!
Tolong la...!!!!

Aku nak tido...tapi kenapa tak bole tido....

@___@

*********************************

Tak lama lagi bulan ramadhan tiba .

..........................................................................................
..............................................................

@___@

Alamak....
Tak ada ayat.....

Blur .....................



Rabu, 4 Ogos 2010

HENING MALAM YANG BOSAN

Ahhhhhh......
Bosannya malam nie....
Apa seh nak buat malam-malam macam nie..?
Nak menyocok-nyocok badan keyboard nie pun terasa berat...
Nak tido pun mata tak ngantuk lagi...
Malam-malam hari aku yang ketepuan...
Bila dah tepu ngadap facebook pun tak ada mood...

Ahhhrrhhhhhhhh....



Selasa, 3 Ogos 2010

SAKIT ITU PENGUBAT DOSA



Masuk hari ini sudah masuk 5 hari aku demam.
Bermula dengan sakit gigi / sakit gusi kiri aku hingga la sakit satu badan.
Aku Tak bole bwat keje ....
Rutin aku sejak 5 hari lepas hanya la baring sambil ngadap laptop hitam aku nie.

Nasib baik kat umah ada line internet...
Kalau takde....Sumpah....Bosan secara terkutuk aku di buat nya....

Sakit gigi + sengal-sengal badan + pening pale yang teramat sangat = Demam panas

Sakit gigi tu memang dah biasa bagi aku...
Boleh dikatakan setiap bulan aku kena tanggung derita sakit gigi dalam seminggu....
bayangkan betapa sakitnya gigi ini....
Nak kunyah pun tak boleh...

ArrrHHhhhhhh seksanya....
Aku nak cabut gigi..tapi tak berani nak p klinik....
Untuk dijadikan cerita...terpaksa la aku tahan.....

adoiiiiii........


Sabtu, 31 Julai 2010

DIRI AKU YANG RAPUH TERGENDALA



Aku ini hanya si perasan yang tidak tahu malu.
Hati aku sememang nya rapuh.
Rapuh dalam mendalami makna dunia...makna hati...makna....

Walaupun aku terluka....
Walaupun luka yang berbekas....

Kerana rapuhnya hati ini...
Aku masih perasan....
Aku masih berharap....
Aku masih terluka...
Aku masih kecewa...
Aku masih tergendala...

Aku akan selamanya rapuh....

P/s : perlukan sedikit waktu untuk kenal hati hawa



Isnin, 26 Julai 2010

CORETAN YANG BUKAN CARUTAN



Lagi 2 minggu lebih lagi nak masuk bulan ramadhan.
Hehehe......
dah nak puasa....
Matlamat berpuasa aku....nanti aku cite kat entri yang akan datang.

Malam nie jiwa aku kacau sedikit...
Entah kenapa ...
Aku cuba menconteng beberapa ayat kat blog nie..
Tapi otak dan hati aku taknak bersatu lagi...
Mungkin aku kurang berfikir hari ni....

Malam-malam yang macam nie...
Kalau bole aku tak nak mencarut kat blog tapi entah la...
Mungkin malam nie aku sedang mencuba sesuatu ayat yang ekstrem...
wahahaha poyo punya ayat " ekstrem "

Tapi bila " TRANSFORMASI PARADOKS MULUT YANG TOLOL " di publishkan kat wall facebook....

hahahaha...orang tak faham....
Bila aku baca balik....
Aku pun tak faham apa yang aku carutkan....
Maaf ye kepada yang membaca...
Jiwa sedang melaram....

okay la...
Kat sini je yang aku bole coretkan kisah malam nie...
Kepala tengah poning @__@ nie...
Mungkin sudah tiba masanya untuk aku tido...

Ops...lupa nak bgitau blog SE`CRIME aku....
Bwat sementara nie aku membantutkan operasinya kerana aku sendiri dah tak tahu nak tulis apa kat blog tu....
Ikutkan hati aku nak buang je blog tu...tapi bila dipikirkan balik....sayang plak coz dah lama aku menconteng arang kat blog tu...takkan aku nak delete mcm tu je...

Okay la...
Aku nak tido....zzzzzzzzzzzzz

P/s : jiwa masih lagi kacau....


KONSEP BUNGA YANG TERBUNGA



Mengidam dan melaram bunga.
Mencipta sesuatu yang asli dalam nyata.
Bila kita suka pada sesuatu bunga....
Apa yang harus kita buat....?

Patut kita patah kan batang bunga ...?
Mencium dengan penuh asyik bau bunga..?
Memuji ketulenan bunga tersebut..?

Bagi aku...
Kesempurnaan bunga itu amat penting...
Kerana kewujudan bunga memang sesuatu yang indah..
Bunga akan tumbuh disekeliling lelaki yang tidak ada kualiti...
Lelaki itu akan jadi kualiti bila bunga tersebut mengeluarkan haruman yang wangi.


Secara lucunya :

Ada juga bunga yang mengeluarkan bau busuk...hehehehe...

Secara tulusnya :

Bunga merupakan aset penting bagi seorang lelaki...


P/s : jiwa aku sedang emo ... jadi jangan cakap aku jiwang...



Ahad, 25 Julai 2010

TRANSFORMASI PARADOKS MULUT YANG TOLOL



Mulut manusia mencipta kisah dongeng
Mulut masusia jugak mencipta rasa sakit hati.
Padahal mulut manusia dicipta untuk sesuatu yang indah.

Mengapa?
Kenapa?

Mulut manusia terciptanya ideologi.
Ideologi yang mencipta fenomena geram dan marah.

Bak kata pepatah..
" Kerana mulut badan binasa "

Walhal setiap kata dan ucapan dari mulut perlu dimulai dengan sesuatu yang manis dan lembut.

Secara tololnya :

Figura otak manusia menjadi pautan mulut yang binasa...

Secara tulusnya :

Aku benci pencipta omong-omong kosong.


RASA ITU TULUS....RASA ITU MILIK KITA



Macam mana kita nak cakap pada dia...
Yang kita ini hanya milik dia....
Bisu untuk berkata-kata...
Kerana hati tidak yakin pada rasa...

Walaupun tuhan memberi rasa...
Tapi rasa itu sukar untuk orang lain rasa..
Merasa sesuatu yang istimewa dalam diri kita.

Adakah rasa itu hanya syok sendiri...
Ataupun rasa itu memang harus pendam...

Aku nak cakap yang aku " hanya milik kau "
Aku nak cakap yang aku " masih milik kau "

Kerana itu aku masih dan sedang belajar untuk jatuh cinta lagi...

Secara tololnya :

aku memang ada hati dengan kau...

secara tulusnya :

Aku .....aku.....CINTA KAN KAU...

P/s : sejak akhir-akhir nie.....Perasaan aku hanya di lamun cinta sahaja pada seseorang.... ^___^



STEREO RASA SELEPAS SAHUR




Setiap ragam pada setiap hati ada cerita yang tersendiri.
Yang tersendiri itu adalah sesuatu yang istimewa.
Setiap jawab yang ada adalah setiap impian yang kita mahukan.

Bagi aku....
Dalam hati hanya ada bintang....
Bintang yang mana hanya aku sendiri sahaja yang tahu...

Diri aku hanya kelibat yang gagal.
Jadi untuk menikmati kegagalan ini.
Aku cuba mencari jalan untuk kembali...
kembali kearah satu firasat...
Dimana firasat itu tidak larut dalam kesunyian yang aku rasa ini.

Menikmati perisa yang sudah dirasa
Bagi aku itu kehendak kehidupan.

Ahhhhh.....
Aku benci bila otak aku blur skrg ni...
Sukar untuk keluarkan ayat bila otak tidak bersatu dengan hati.


Secara tololnya :

Aku cuba menikmati kehidupan aku yang gagal ini...


Secara tulusnya :

Aku cuba untuk merubah , berubah dan diubah...aku perlukan itu....







Sabtu, 24 Julai 2010

STANZA SI KASANOVA PENCEN



Sementara tengah menunggu train ni...
Aku nak kongsi sesuatu kat blog tergendala ni...
Sesuatu yang perlu aku kongsi...
Sesuatu yang perlu aku berceritera...

Ini kisah " Stanza si kasanova pencen "

macam mne aku nak mula ek....

Ceritanye begini.

" Semua orang pikir bila seorang laki itu kasanova...pasti telah di set kan minda yang laki kasanova itu seorang yang pandai mengayat perempuan......
Secara teorinya memang " ye" mmg pandai ayat perempuan .
Tapi bila di pikirkan balik secara ironinya mengayat perempuan itu merupakan satu anugerah yang diberi pada tuhan pada lelaki kasanova .

Secara nisbah nya hanya 1 : 10 lelaki yang mampu mengayat perempuan....
Itu bermakna tidak semua lelaki bole ataupun mengayat gadis-gadis di luar sana....

Seorang kasanova pada awalnya bermula dari seorang lelaki yang malu pada perempuan...
Tapi dengan anugerah yang tuhan berikan pada lelaki tersebut....
Seorang lelaki yang pemalu bole menjadi tidak malu ( berani ) bila berdamping dengan gadis....

Tapi Gadis-gadis di luar sana perlu berhati-hat kerana....
Setiap kasanova mempunyai niat yang tersendiri bila berdamping dgn gadis.
Kerana pendirian kasanova tidak tetap....

Ada kasanova wujud kerana nafsu...
Ada kasanova wujud kerana mahu membahagiakan gadis-gadis...

Terpulang pada individu kasanova tersebut dalam mentafsir diri mereka mcm mne...

Cuma satu je prinsip kasanova....
Jangan jatuh cinta....
Bila dah jatuh cinta....pasti jiwa kasanova tersebut akan jadi kacau ...
Bila dah bercinta pasti anugerah sebagai kasanova itu akan hilang...
" i meant it...."


Secara tololnya :

Aku amat benci diri aku yang dulu.....


Secara tulusnya :

Aku seorang pencinta wanita


Secara palatnya :

Aku benci kasanova palsu yang hanya pandai ayat perempuan kat facebook je....kalau berani ayat perempuan face 2 face la.....


P/s : apa seh aku merepek nie......




BINTANG SIANG...BINTANG MALAM





Dulu aku selalu mengadap langit dimalam hari.
Mencari bintang yang betul-betul aku nampak...
Bila aku sudah nampak bintang itu...
Secara automatiknya hati aku akan berkata " hanya dia "
Pada bintang yang aku nampak itu....

Dulu juga aku selalu mengadap langit di siang hari..
Konon nya mahu mencari bintang yang aku betul-betul nampak...
Secara logiknya...
Tiada bintang di siang hari....
Tapi secara rohaninya....
bintang siang itu hanya ada pada diri manusia....

Pelbagai andaian yang boleh aku rungkaikan...
Pelbagai tafsiran yang boleh aku bangkitkan...

Kerana bintang aku bertemu dengan Cik FD , Cik FN dan Cik BY...

Cik FD bagi aku dia adalah " bintang kelip-kelip " kerana dia suka tngok bintang ....
Cik FN bagi aku dia adalah " Lolipop bintang malam " kerana dia muncul di malam hari....
Cik BY bagi aku dia adalah " Pari-pari si bintang pelangi " kerana karektar dirinya......

Namun bintang-bintang itu pergi mengikut waktu nya....

Secara tulusnya :

Aku amat sayang pada 3 bintang...

Secara Tololnya :

Aku anggap diri aku seorang yang gagal dalam bercinta...
dan pasti selepas ini aku takkan bercinta dengan bintang lagi.....



Khamis, 22 Julai 2010

PRINSIP JIWA KACAU



" JaNGaN TerPeNgaRuH deNgAn haRApaN "
" jaNGaN TerPeNgaRuh DeNgaN emOsI '
" JanGaN TerPeNgaRuH deNgaN NafSu "
" JanGaN TerPeNgaRuH deNgaN SeKeLiLinG......."




Rabu, 21 Julai 2010

CINTA AGAK-AGAK LAMBAT TERUNGKAI DAN DI RUNGKAI



Apa yang terungkai....
Pasti akan terungkai...
Seharusnya .... Ia mesti di rungkaikan..
Pastikah ia harus di rungkaikan....
sekiranya dirungkai dan terungkai....Apa faedah dan kebenaran yang akan aku peroleh....

Sekiranya...
Cinta yang aku rasa ini sememangnya terlambat.....
Apa yang perlu aku buat.....???
Membiarkan kan ia terungkai ......

Melafazkan sesuatu yang terlambat.....
Memang sesuatu yang terbiasa bagi aku....
Kerana aku ini hanya jasad yang tergendala....
Tergendala dalam merungkai cinta...

Secara Tulusnya :

Aku masih menjadi diri aku yang terdahulu......
Tiada untung...Tiada rugi.....

Secara Palatnya :

Walawehhhhh......apa nak jadi ngan aku nie......




NOTA KAKI-KAKI SEJUK



Hari ini johor Bahru hujan dari tengah hari hingga ke malam...
hari ini juga aku merayap sambil meratap hujan rintik-rintik yang kadang kala lebat ..kadang kala suam-suam kuku...

Sekarang ini malam sambul jari-jari aku menekan-nekan badan laptop ini...

" aaHhhHhhhHaHHAhahh!!!! " aku menjerit dlm nada yg agak halus...

Malam nie sejuk gila....
Mata tak ngantuk lagi nie...
Kepala tengah pikir pasal perihal dunia...

Sejuk...sejuk...sejuk....
Tapak kaki aku sejuk...
Tangan aku sejuk....

Perut aku kelaparan ...walaupun aku rasa dah makan tadi...

P/S : aku blur malam nie.....




Selasa, 20 Julai 2010

YANG DI ANGANKAN



Setiap hajat ,
Setiap impian bagi aku hanya malapetaka....

Aku cuba untuk mencari kehidupan yang baru selepas tragedi palat itu.
Tapi apa yang aku rasa...apa yang aku dapat...hanya perisa masa terdahulu....
Padahal aku bole pergi sejauh itu....
tapi mengapa aku masih merasa perisa itu...
perisa yang agak-agak pahit untuk aku kunyah dan telan...

sungguh malapetaka hidup ini ye...
sungguh bahagianya manusia berhati busuk itu ye...

Secara tulusnya....

" Tiada lagi kehidupan yang aku angankan....."

Secara palatnya..

" BodOh-Bodoh BerharaP..."




Selasa, 8 Jun 2010

KERANA AKU JAHAT




Untuk berjuta-juta kali aku akan cakap .....
Aku memang jahat...
Bila aku jahat.....
Orang akan tinggal kan aku...
Orang akan pandang aku serong....
.
Aku nie bukan malaikat...
Bukan tuhan...
Aku nie hanya mangkuk yang "LOL" kat depan mata kau...

Aku cuba untuk berubah....
tapi aku berubah bukan untuk kau....
aku berubah untuk diri aku sendiri...
Kerana aku jahat la....aku nak berubah...


Isnin, 7 Jun 2010

ARAH UNTUK BERJALAN.



Bila kita berjalan..
Kita akan nampak semua kejadian yang kita telah lalui...
Setiap jalan yang dipilih....ada penamatnye yang tersendiri....
Adakah Kita ada terpikir yang kita ni kuat untuk bertahan.

dalam hidup ini...
kita tidak pernah bersendirian.
sekurang-kurangnye kita ada teman yang menemani...
tidak kira teman seperjuangan...
teman sepermainan...dan juga teman untuk dipergunakan...
itu gunanya teman...

Kekadang bole membimbing kita....kekadang ada teman yang menjatuhkankan kita...

Sebagai manusia biasa...
Sudah menjadi lumrah dan nadi dalam diri ini menerima apa jua pujian , hinaan , cacian dan anugerah....

Semua itu bertujuan untuk menjadi kan kita seorang manusia...
Walaupun tidak sesempurna manusia yang perasan dirinya sempurna....
Sekurang-kurangnya kita ada pengalaman ....

Secara Tulusnya....

Aku sangat sayang pada semua orang.....tiak kira dia penghina , pemuji , pemalas , pembohong situasi dan apa jua "PE".....kerana aku faham...mereka juga manusia....aku pun manusia...
kalau nak menghukum aku dengan kelakuan buruk aku..hukum la...tapi aku takkan menghukum orang itu dengan kelakuan dia terhadap aku....aku serah kan pada tuhan kerana aku tak layak menghukum orang ...kerana aku sendiri pun penjenayah yang tidak berlesen di muka bumi ini...

Secara Jujurnya...

Seharusnya kita perlu jujur dengan perasaan sendiri ..walaupun kejujuran itu bole menikam kita balik...


LANGKAH YANG BARU



Sudah tiba masanya untuk melakukan sesuatu yang berfaedah dalam hidup.
harap-harap apa yang aku lakukan ni...menjadi...

wish me luck Okay..

mata dah rabak dah nie...
xleh nak menaip....

@_@

ZZZZZzzzzzzzz



Jumaat, 4 Jun 2010

SEMINGGU YANG CELARU




Sudah agak lama aku tak updated blog nie...
Maklumla...sentiasa menyibukkan diri dgn aktiviti dunia...

Hati aku mcm biasa...
Masih tergendala.....tapi tidak apa....walaupun tergendala...aku akan sentiasa positif...
Apa yang berlaku...biar tuhan sahaja yang uruskan....
Kerana bukan urusan aku untuk membalas setiap peri laku jasad-jasad manusia diluar sana...
Serahkan sahaja pada tuhan...Hanya tuhan sahaja yang layak menghukum umatnye..." not me okay "...

Kalau manusia-manusia di luar sana yang menghukum aku dulu...
nak buat mcm mne...
mayb aku ada silapnye jugak...

Diri aku sentiasa gundah dengan situasi yang berlaku...
kekadang aku tidak berapa suka sama itu pendusta situasi/ pembohong situasi...
Tapi bila aku pikirkan balik...

kenapa ?
Mengapa?

hurm.....
jawapan nye adalah satu....
Hati manusia....
Sentiasa mencari keindahan...

Secara teori nye....

" kalau kita gagal...orang akan reject kita...."

Secara hakikatnye....

" kalau kita yang terbaik...orang akan sanjung dan respek kita..."

cukup untu ari ini

daaa~~~~

:-)

EnTri ini utk bekas kawan baik aku...



Jumaat, 7 Mei 2010

" KEMBALI BERMULA "




Dah berapa kali aku mahu memulakan sesuatu yang baru.
kalau diikut kiraan boleh dikatakan terlebih sudah jari ditelapak tangan dan juga kaki kiri dan kanan aku.
Agak-agak meletihkan , penat dan sakit bila asyik buat pekara baru je dalam hidup nie.
Jasad yang mengunakan minyak darah nie dah macam pelarian hidup...
Meratap kehidupan yang lepas dan mengidam kehidupan baru dihadapan.

" SELAMAT KEMBALI BERMULA UNTUK HATI YANG TERGENDALA"

Secara hakikatnya :

Setiap apa yang kita rasa...
Belum tentu rasa itu mahu merasai apa yang kita rasa

Secara teorinya :

Masa itu seakan menunggu lama....
Tapi Betul ke masa itu menunggu kita....
Adakah masa itu menungu apa yang kita rasa....
Bukan ke masa "always" bergerak tanpa berhenti tanpa menunggu Kita....

* masa untuk aku tido....mmg dah tak tahan dah nie...

:-)



Khamis, 6 Mei 2010

STANZA MONOLOG TERGENDALA






Seseorang pernah tegur aku :

" Aziz....kalau jatuh , cepat-cepat bangun....jangan kasi diri tu sedih seperti waktu dahulu...."


Hurmmmm.......
Kenapa aku perlu jadi macam nie ek. Dah berminggu-minggu aku "emo".
Berminggu-minggu juga hati aku tergendala dan berminggu-minggu juga jiwa aku serabai...

Untuk menjadikan hari-hari aku seperti biasa. Aku amik keputusan untuk teruskan kehidupan aku yang dah banyak kali tergendala nie . Sememangnya aku mengharapkan hari-hari yang akan aku lalui nanti merupakan hari-hari yang terbaik untuk diri aku .

Walaupun masa untuk diri aku dah berlalu , secara tololnya masa tu dah banyak mengubah apa yang berada di depan , kiri , kanan dan belakang aku.

Secara hakikatnya

" hati akan sentiasa mencari keindahan "

Apa yang kita sayang , walaupun kita pegang sekuat-kuatnya...boleh hilang macam tu sahaja .

Secara teorinya ...

Kerana tuhan ia hadir , kerana tuhan ia akan pergi.......
Apa yang kita peroleh selama ini adalah anugerah dari tuhan bukan hak milik kita selamanya....
Seharusnya anugerah dari tuhan itu dihargai sebelum ia pergi....

Aku tersangat menyesal kerana mensia-siakan anugerah itu....

Sekarang...
Aku akan terus kedepan. Walaupun nada rasa aku berbunyi kecewa .

" KEMBALI BERMULA "


Jumaat, 23 April 2010

KOLOKIAL DALAM SENYUM




Mata aku meleret Kedepan.
Visual itu yang aku nampak.
Stanza melankolik aku terbias dari hati aku sendiri.

Apa yang patut aku buat yer.....
Membiarkan hipokrasi menelan diri aku.
Menjadikan hipokrit itu sebati dalam diri...

Aku tidak mahu tunjuk rasa melankolik aku ini.
Aku tak nak jasad-jasad yang rapat dengan aku tahu.
Biar rasa ini simpan disini.

Secara tololnya....
Aku akan tersenyum...
hehehehehehe.....
Senyum :-)




Isnin, 19 April 2010

JAY BEE HUJAN RINTIK-RINTIK TAPI TAK BERBAHASA




Gee~~~~~~~
Sekarang nie tak tahu nak cakap apa.
Aura-aura kesedihan masih meliputi diri yang tergendala ini.
Sedang mencuba untuk meng"upgrade"kan diri ini kepada somebody yang tidak loser.

Kih3~~~~~~~
ilham diperlukan...... otak-otak perlu diperah supaya air karya dapat di takung.
Kepala berdenyut menahan komplikasi dunia.
material dalam benak otak tidak mahu keluar untuk mempermudahkan masalah ini.

Fuck pada kereta avanza tadi.. Berani betul menyimbah air lopak ke arah aku...
Balik aku kebasahan.Jay bee masih lagi hujan petang.

Lepak mamak ayub ( tmn u ) bwat sementara.
menyentap roti bom satu dan cikong panas semangkuk. melayan karenah waiter yang terhegeh-hegeh melayan pelangan tetapnye.

" lembab betul la...."

Hujan masih rintik-rintik tapi tidak berbahasa. Agak lebat juga ......

" ahh..redah je la...."

Aku membangkitkan semangat untuk merempuh hujan itu.

" basah..pun basah la...janji sampai uma...."

:-) dalam kebasahan .


Ahad, 18 April 2010

MONOLOG HARI MINGGU YANG " LONER "






Bangun je pagi hari ini....
aku menyambung keje yang tergendala semalam...

Semalam aku betul2 bz dengan keje yang aku bwat. Memerah otak untuk mengeluarkan idea dan ilham. Menggodeh sesawang ( web ) yang sesuai dalam mencetus karya yang sesuai dengan tema yang di kehendaki. Dari matahari diatas kepala hingga awan menangis ( hujan ).

Bila hujan, aku mengerakkan jasad aku dari warung starbuck itu menuju kat bus stop. Mula-mula hujan hanya rintik-rintik normal sahaja tapi di saat aku menjejak kaki di pondok bus . Rintik-rintik yang pada mulanya normal tiba-tiba menjadi teruja ( lebat ) .

" adeh....abis laptop aku mcm nie "

Kederasan angin pada waktu itu..agak-agak kuat....rintik-rintik hujan masuk kedalam pondok bus. Aku sudah kuyup kebasahan . Apa yang aku mampu hanya melindungi laptop aku dari rintik-rintik hujan tersebut. aku kena lindungi laptop tersebut kerana ada sesuatu yang penting untuk orang yang terpenting.

" sejuk gila..."

aku dah nampak transport yang perlu aku naik dan............

Sesudah tiba di tempat yang di panggil taman aku . hujan masih lagi turun dengan rintik-rintik yang normal. aku mahu ke CC ( cyber cafe ) untuk meneruskan kerja aku. Tapi terbantut kerana hujan .

8.00 pm. aku meneruskan kerja di rumah .
Dalam pukul 9.00 pm aku keluar sebentar mencari top up .
Aku keluar berjalan kaki sambil menikmati kesejukkan malam itu .

" sejuk nye ...."

Kedai banyak sudah tutup. Entah kenapa malam tu banyak pulak kedai close awal.
Nasib baik jumpa itupun kat jusco taman universiti.

Selepas balik aku menyambung kerja aku semula .
Dalam pukul 1 am aku keluar ke CC . Untuk mencari bahan. Tapi hanya sementara kerana .....

Oleh kerana aku banyak berjalan dalam kesejukkan ...
So hari ini aku terasa badan aku lemah dan sengal-sengal badan .
Pinggang aku sakit tak tahu kenapa ?
kepala aku berdenyut .

KEJE TETAP AKU BUAT.
hahahahahaha......

:-)





Sabtu, 17 April 2010

JIWA YANG SERABAI




Tetiba aku terasa serabai...
Bila aku sudah kena sound....
aku terasa sedih yang teramat sngat...
Apa salah aku sampai kena sound....

Kes semalam bwat aku tak leh tido...
konklusi nye....jiwa aku serabai hari ini....
Kusut-kusut....
Salah ke seorang yang rapat amik berat....
tidak perlu la rimas....
just cakap tidak mahu di ganggu untuk beberapa jam...
itu sudah cukup untuk aku faham...

saya tahu awak perlu masa untuk bersendiri...
saya pun ada hati..tapi sedih sangat-sangat...

Adakah kerana aku ni tak guna....?


:-(



Khamis, 15 April 2010

AKU , MOCCA , HUJAN DAN KAKI







Hari ini menyantaikan diri pada tempat yang tak sepatutnye aku lepak.
mungkin mahu mencuba sesuatu yang baru ( hahaha yang baru konon.....ayat menyedapkan hati lagi ). Ingat mahu lepak mamak tapi bila pikir asyik mamak je...." KETEPUAN"

Jadi untuk me"nyimple"kan keadaan ..... aku menaruh sedikit kertas-kertas berwarna ke arah kaunter starbuck. Sudah lama aku tidak lepak ke dalam warung ini.....Last aku menjejak kaki kedalam warung ini ketika awal tahun ari tu ( 2010 ) .

Yer menikmati hidangan yang telah diminta walaupun rasa hidangan itu mcm apa nta....mocca..bwat aku rasa loya....kenapa ek...mungkin sudah lama aku tak meratap minuman itu....gara-gara mamak aku sudah lupa rasa mocca yang sebenar.....

Sambil meratap mocca ..... aku melihat unsur-unsur jasad di luar sana....
mereka kehulu ke hilir menuju ke destinasi yang kaki mereka mahu pergi...
aku plak hanya duduk di atas kerusi kayu yang keras itu ambil mata melihat gelagat mereka....

pancaindera di muka aku melihat awan di balik cermin warung starbuck...

" gelap....awan akan menangis sebentar lagi......"

aku cepat-cepat bangkit ....
punggung aku terasa bebas semula dari kekerasan kerusi itu.....
aku pun telah menjadi jasad-jasad yang aku lihat sebentar tadi...
menuju ke destinasi yang aku ingin pergi....

daerah jay bee.....akan hujan sebentar lagi.....
kemana arah aku selepas ini.....patutkah aku membasahi tubuh aku dengan air hujan ?
memang satu persoalan yang tak patut aku soal kan...
yang penting tanya pada kaki...kemana dia mahu pergi....

:-)



TERHAMBAT NYA SIMFONI RASA




Visual yang di lihat oleh pancaindera kat muka ini...
buat aku bertanya....

" betul ke ini realiti......"
" betul ke ini yang aku hasrat kan selama ini....."
" betul ke ini yang aku perjuangkan kat dunia ini...."

Stereo yang aku dengar oleh mono kiri dan kanan aku....
buat aku bertanya...

" betul ke apa yang aku dengar nie...."
" aku tak tuli lagi kan..."

Adakah aku terlalu jujur dengan persekitaran aku ?
-
-
-
Adakah kerana aku terlalu baik hati terhadap hati yang lain?
-
-
-
Adakah kerana aku terlalu lurus bendul?
-
-
-
Adakah kerana jasad ini tidak matang lagi?




Rabu, 14 April 2010

OoOoOo....MUKA BUKU





Bila sudah meratap masa yang tertinggal.
Terasa janggal bila menikmati masa yang baru.
Muka buka ( facebook) kalau dahulu nye rakan baik sepanjang masa.

Sekarang....

Entahla....
Tetiba terasa menjadi musuh

Aku benci muka buku

Masa yang aku luangkan pada muka buku selama ini terlalu banyak...
Tapi kenapa?

Kenapa kau buat aku mcm nie muka buku...?

Bernanah mata aku selama ni mengadap kau...
Kematu jari aku menaip komen-komen dibadan kau..
Masa aku terbuang kerana kau...
Nasib baik duit aku kau tak telan...

Game yang kau berikan bwat aku cuai..
Buat aku mengabaikan tanggungjawab aku....

Dah la.....!!!!!!!!

:-(